Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 17 June 2014

Penganut Buddha lebih layak miliki rumah ibadat besar berbanding Kristian, kata Ridhuan Tee


Penganut Buddha lebih layak miliki rumah ibadat besar berbanding Kristian, kata Ridhuan Tee

Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) hari ini berkata penganut Kristian di Malaysia tidak layak memiliki gereja terbesar di Asia Tenggara, Pusat Konvensyen Calvary (CCC) di Bukit Jalil kerana jumlah penganutnya sekadar 10% di negara ini.
Pensyarah kontroversi itu berkata, sepatutnya golongan yang lebih layak mendapat rumah ibadat lebih besar adalah penganut agama Buddha kerana jumlah mereka melebihi 20% di negara ini.
“Kita selama ini sudah terlalu baik. Lihat bagaimana kita membenarkan mereka membina gereja terbesar dengan bilangan penganut Kristian yang terlalu sedikit lebih kurang 10 peratus. Ini tidak termasuk gereja di setiap negeri, daerah, kawasan, rumah kedai dan kampung Orang Asli.
“Jika adil, seorang sebiji atau sama rata dan sama rasa, sudah tentu orang Cina yang berfahaman Buddha lebih berhak, kerana kedudukan mereka banyak melebihi 20 peratus,” katanya melalui artikel dalam Sinar Harian bertajuk “Apa yang adil dan tidak adil?”
CCC mula beroperasi pada Julai 2013 dan merupakan gereja yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 600,000 kaki persegi bernilai RM200 juta.
Gereja yang dibina di Bukit Jalil itu mempunyai sebuah auditorium dengan 5,000 kerusi, dewan serbaguna, bilik kuliah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain yang terdiri daripada kedai dan kafe.
Ridhuan berkata, umat Islam di Malaysia terlalu baik dan keadaan yang dinikmati masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan berlaku di negara jiran.
Katanya, kerajaan terlalu memberikan ruang seluas-luasnya kepada golongan tertentu untuk menyuarakan pandangan yang akhirnya memberikan masalah di kemudian hari.
“Kita tidak mempraktikkan semua ini. Kita bagi kebebasan seluas-luas. Cuba lakukan perkara yang sama di Singapura. Baru kita tahu, beruntung atau tidak tinggal di sini.
“Saya ingat kata-kata, 10% konflik datangnya daripada perbezaan pendapat, 90% daripada suara yang salah. Apa yang berlaku hari ini, kita berikan kebebasan kepada 90% suara-suara sumbang menyuarakan hak mereka. Akhirnya, kita sendiri tertekan,” katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  itu turut mengingatkan umat Islam agar jangan terlalu bersangka baik dengan ultra kiasu kerana akhirnya akan menjerat diri sendiri.
Katanya, rasa curiga perlu ada kerana ia merupakan strategi ultra kiasu yang melihat tiada kebaikan langsung di sisi umat Islam.
“Saya amat mengharapkan kita semua jangan terlalu bersangka baik apabila berdepan dengan musuh Islam atau ultra kiasu.
“Aplikasikan pemikiran strategik tentera. Terlalu bersangka baik akan merugikan kita dan ultra kiasu semakin memijak kepala kita. Ingat kata-kata ini, kita mesti curiga pada setiap perkara.
"Walaupun kita dituntut untuk bersangka baik, tetapi kepada musuh Islam seperti ultra kiasu, kita perlu ada rasa ragu. Inilah strategi ultra kiasu. Sebab itu, apa jua tindakan kita, tidak ada langsung kebaikan di sisi mereka,” katanya seperti disiarkan di Sinar Harian.
Menerusi kolumnya hari ini, Ridhuan menyarankan kuasa Majlis Peguam juga dihadkan supaya badan itu tidak biadap dan tidak bertindak seperti parti pembangkang.
Katanya, pimpinan dalam Majlis Peguam terdiri daripada peguam ultra kiasu dan golongan itu saja yang menghadiri mesyuarat agung tahunan badan itu.
“Apabila Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya mengkritik kerajaan, sistem perundangan dan bertindak seperti parti pembangkang, tidak pula ditegur dan dikatakan ekstremis.
“Saya amat bersetuju sudah sampai masanya kerajaan meneliti badan ini dan menghadkan kuasa badan tertentu supaya tidak terlalu kurang ajar.
“Badan ini selalu mendakwa mereka mewakili semua pengamal undang-undang (kira-kira 14,500 orang). Sedangkan dalam mesyuarat agung tahunan, hanya 2,000 peguam sahaja yang hadir untuk memilih pimpinan mereka,” katanya.
Majlis Peguam dalam satu kenyataan pada 7 Jun lalu menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini.
Presidennya, Christopher Leong berkata mana-mana ahli politik tidak boleh menjadikan tindakan saman ke atas artikel yang mewakili pandangan rakyat sebagai satu jawapan membalas kritikan tersebut sama ada ia benar atau tidak.
"Ini merupakan kali pertama perdana menteri di Malaysia bertindak menyaman portal media kerana menyiarkan laporan artikel pandangan orang ramai walaupun ia boleh dijawab sendiri oleh Najib.
"Tindakan itu mewujudkan tanggapan yang tidak baik dan perdana menteri serta ahli partinya menyampaikan mesej salah," katanya.
Beliau berkata, sekiranya merasakan berita yang dikeluarkan portal itu yang mengumpul pendapat orang ramai mengenai pandangan kerajaan berunsur fitnah adalah lebih wajar perdana menteri dan partinya itu menggunakan ruang sama menjawab kembali laporan itu.
"Mereka sepatutnya menerima kritikan itu dengan kenyataan balas meskipun meyakinkan, atau salah sama sekali.
"Daripada menyaman, perdana menteri sepatutnya menggunakan peluang ini untuk berhubung dengan rakyat membuat penjelasan, berdebat yang dilihat sebagai tindakan betul membetulkan reputasi," katanya. – 16 Jun, 2014.
https://my.news.yahoo.com/penganut-buddha-lebih-layak-miliki-rumah-ibadat-besar-035736056.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...