Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 12 July 2014

Di sebalik penceritaan kisah Nabi Ibrahim A.S. - Pilihlah untuk diri anda ingin jadi seperti contoh yang mana satu?

Dalam penceritaan kisah Nabi Ibrahim AS, anda boleh memilih untuk menjadi burung ataupun cicak mungkin juga burung-burung yang mengherdik.

Burung: 
Walaupun tubuhnya kecil, tetap mencuba memadamkan api dengan membawa air menggunakan paruhnya. Diherdik oleh burung-burung yang lain dengan mengatakan usahanya sia-sia. Lalu dijawabnya

"Aku bukan memikirkan sama ada perbuatanku ini berhasil atau tidak. Aku lebih memikirkan amanahku kepada Allah. Aku lebih memikirkan takutku kepada Allah. Kelak Allah akan bertanya di akhirat, apakah yang aku lakukan di saat nabi-Nya dibakar hidup-hidup sedangkan aku punya keupayaan?" Tegas burung itu dalam nada ketakutan. Takut kepada Allah.


Cicak:
Lain pula halnya dengan seekor cicak. Cicak kecil itu pula cuba menghampiri api itu lalu menghembus-hembus ke arah api tersebut. Cicak itu berharap api itu akan lebih marak dan dapat menghanguskan terus Nabi Ibrahim a.s. Biarpun mungkin dia sedar perbuatannya tidak mungkin memarakkan api, tetapi disebabkan oleh sikap hasad dan dengkinya, dia meneruskan agendanya itu.


PILIHLAH anda ingin jadi yang mana. Wallahua'lam.

https://www.facebook.com/hanis.zakaria.16/posts/10152300579887857?ref=notif&notif_t=close_friend_activity

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...