Arkib : 13 Julai 2014
Gambar satelit Landsat 5 menunjukkan pengeringan sumber simpanan air Sungai Furat di Empangan Qadisiyah di Iraq antara 7 September 2006 dan 15 September 2009 (Imej NASA oleh Robert Simmon, menggunakan Landsat data/EarthObservatory)
Kemarau | Sungai Furat Semakin Kering
Rujukan video yang lain :
Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (Hadits Riwayat Bukhari).
Dalam riwayat lainnya, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam Bukhari Rahmatullahu 'alaihi juga meriwayatkan hadits lainnya, bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda bermaksud: "Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya."
Imam Abu Daud Rahmatullahu 'alaihi juga meriwayatkan hadits yang sama maksudnya.
Dalam hadits itu Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas.
Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya Imam al-Mahdi sebagai Khalifah Umat Islam Akhir Zaman.
Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenali dengan nama al-Furat atau air paling segar. Menurut Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.
"Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab," ujar Dr. Syauqi.
Kata beliau lagi, panjang sungai itu mencapai 2,375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu, al-Balikh dan al-Khabur sudah mengering airnya. Pada masa Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wa sallam meramal masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.
Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di sekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.
GUNUNG EMAS ITU MINYAK
Sememangnya ramai yang mentakwilkan bahawa gunung emas atau perbendaharaan emas itu merujuk kepada minyak. Pergolakan di Iraq memang tidak dapat dinafikan banyak berkisar kepada konflik perebutan kuasa minyak.
Namun samada ia ditakwilkan kepada minyak atau diambil secara literal merujuk kepada emas bukanlah menjadi soal terpokok. Sepertimana yang akan dilihat dalam presentasi ini, sebenarnya kedua-dua takrifan adalah relevan apabila dilihat rentetan peristiwa konflik di Iraq secara keseluruhan.
Soal terpokoknya di sini ialah ;
- Pengeringan Sungai Furat sudah lama berlaku secara berperingkat.
- Peperangan demi peperangan yang meragut sedemikian banyak nyawa sudah lama berlaku di wilayah Iraq.
- Kita sudah berada di ambang meledaknya peperangan pada skala besar-besaran iaitu dengan kadar yang dibayangkan dalam hadits (99/100 terkorban) Sungai Furat.
GUNUNG/PERBENDAHARAAN EMAS SUNGAI FURAT MERUJUK KEPADA EMAS
Di kemuncak pemburuan atas Saddam Hussein dan keluarganya sekitar tahun 2003 begitu banyak rampasan dibuat atas emas yang cuba dilarikan keluar. Dalam hanya salah satu kes yang dilaporkan, tentera Amerika Syarikat telah merampas sebanyak 2000 ketul jongkong emas bernilai USD 762.8 million dalam suatu pemeriksaan di sempadan Iraq-Syria.
Begitu banyak sekali emas dirampas namun tiada satu pun senjata pemusnah besar-besaran (Weapons of Mass Destruction) ditemui, sedangkan peperangan Iraq didakwa bermula kerana konflik melibatkan senjata pemusnah. Mereka menceroboh masuk ke sebuah negara yang berdaulat dan mencetuskan peperangan yang telah meragut nyawa sedemikian ramai rakyat Iraq dalam misi mencari Senjata Pemusnah Besar-besaran yang tidak diketemui samasekali. Jelasnya ia semata-mata suatu pembohongan dan tipudaya keatas seluruh dunia bagi mengaburi maksud sebenar konflik di Iraq.
Ubay bin Ka’ab RadhiAllahu 'anhu berkata: “Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka akan berjalan kesana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan: “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya.” Beliau bersabda: “Maka mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap 100 orang terbunuh 99.” (Hadits Riwayat Muslim)
Dalam mensyarah hadits ini Ibnu Hajar RahmatullAhu 'allaihi mengatakan bahwa surutnya air sungai Furat akan terjadi menjelang kemunculan Al-Mahdi.
Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euprat surut menyingkapkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga setiap 100 orang akan terbunuh 99. Setiap orang dari mereka mengatakan: “Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.” (Hadits Riwayat Ahmad)
Yang dimaksud gunung emas di sini, Syaikh Yusuf al Wabil mengatakan bukanlah minyak bumi sebagai mana pendapat dari Abu ‘Ubaiyyah RadhiAllahu 'anhu dalam ta’liqnya terhadap kitab An-Nihayah Fil Fitan (1:208) karya Imam Ibnu Katsir, dengan beberapa alasan sebaagai berikut :
- Bahwa dalam nash hadits itu disebutkan lafaz “jabal min dzahab” (gunung emas), sedangkan minyak bumi bukan emas secara hakiki, sebab emas merupakan barang tambang yang sudah di kenal.
- Bahwa Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam memberitahukan bahwasnya air sungai itu akan menyingkapkan gunung emas yang dilihat orang, sedangkan minyak bumi itu digali dari dalam perut bumi dan dengan kedalaman yang sangat dalam serta menggunakan alat-alat berat.
- Bahwa Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam mengkhususkan sungai Furat dengan keistimewaan ini, tanpa menyertakan laut dan sungai lain, sedangkan minyak bumi digali dari laut dan dari darat di berbagai tempat sebagaimana yang kita lihat.
- Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam memberitahukan bahwa orang-orang akan berperang di sisi pembendaharaan ini, dan tidak dikabarkan bahwa mereka berperang ketika digalinya minyak bumi dari Furat (Euphrat) atau lainnya.
Bahkan Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam melarang orang yang mendatanginya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat lain dari Ubay bin Ka’ab RadhiAllahu ‘anhu, ia berkata, “Manusia senantiasa berselisih dan bersitegang urat leher dalam mencari kekayaan duniawi.. Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak akan datang hari kiamat sehingga sungai Furat menyingkap gunung emas, maka barangsiapa yang datang kepadanya, janganlah ia mengambil susuatu darinya." [Shahih Muslim, Kitab Al-Fitan wa Asyrathus-Sa'ah, Bab Laa Taquumu As-Sa'atu Hatta Yahsira Al-Furat 'an Jabal min Dzahab 18:19]
Al-Hafizh Ibnu Hajar RahmatullAhu 'alaihi pun ikut menguatkan pendapat yang mengatakan bahwa dilarangnya mengambil emas ini disebabkan hal ini dapat menimbulkan fitnah dan peperangan. [Fathul-Baari 13:81]. Selengkapnya lihat: Tanda-tanda kiamat, Syaikh Yusuf Al Wabil hal 159-160]
HARTA KHAZANAH EMAS SUNGAI FURAT
Mengikut nukilan persejarahan sepanjang zaman, Sungai Furat merupakan sistem pengangkutan sungai zaman silam yang terunggul untuk pengangkutan emas dan barangan perdagangan.
Banyak dari kapal-kapal zaman silam ini yang karam dan terbenam di dasar-dasar Sungai Furat.
Satu laporan telah diterbitkan dalam New York Times, Selasa 2013/12/02, di mana para penyelidik dari NASA dan Universiti California mendapati bahawa sungai-sungai yang terletak di antara Turki, Syria dan Iraq, iaitu Sungai Tigris dan Euphrates telah mula kering.
Seorang penyelidik dari University of California, Jay Famiglietti berkata, "Kira-kira 60 peratus daripada kerugian itu disebabkan oleh pam air bawah tanah daripada takungan bawah tanah. Kami mendapati dalam tempoh tujuh tahun bermula pada tahun 2003 bahawa bahagian Turki, Syria, Iraq dan Iran di sepanjang Sungai Tigris dan Euphrates lembangan sungai hilang 117 juta kaki ekar (144 kilometer padu) daripada jumlah air tawar yang disimpan. "
"Kadar penurunan dipergiatkan terutama selepas kemarau pada tahun 2007. Sementara itu, permintaan untuk air tawar terus meningkat." katanya.
Para penyelidik juga meramalkan bahawa sungai akan kering lebih pada musim kemarau tahun depan.
Daripada Abu Hurairah RadhiAllahu 'anhu, bahawasanya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud); "Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an, kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka. Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar menyatakan,"Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq. Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu, "Sungai ini telah surut kearas yang paling rendah pada ingatan kami," beliau menambah lagi, "Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Nubuwwah mengenai perbendaharaan emas ini mengisyaratkan dengan jelas bahawa peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat dari wilayah yang sudah lama bergolak dan mengorbankan begitu banyak nyawa itu.
PERCATURAN GEOSTRATEGIK IRAQ AKAN MELEDAKKAN PERANG BESAR-BESARAN: ANTARA ZIONIS, GLOBALIS & SATANIS
Mengikut percaturan semasa untuk penguasaan geostrategik Iraq dengan memainkan buah bidak yang bernama ISIS, 3 negara yang sudah nampak jelas memperoleh kelebihan adalah Amerika Syarikat, Israel dan Arab Saudi melawan kepentingan geostrategik Great Britain, Iran, Turki, China dan Rusia.
Mungkin semua ini hanyalah "kebetulan" semata-mata. Bahawa dalam seluruh perlipatan sejarah manusia, apabila sesuatu lokasi itu mengandungi banyak khazanah kekayaan mukabumi dan perbendaharaan harta maka ia menjadi tumpuan perebutan kuasa dan konflik peperangan yang melata.
Sama-samalah kita lihat permainan sandiwara pelbagai watak-watak rekayasa kuasa dajjal ini berhentaman sesama mereka atas nama pelbagai
"perjuangan" palsu.
Seperti yang dinyata dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Furat merupakan saat datangnya Imam al-Mahdi sebagai Khalifah Umat Islam Akhir Zaman.
Apa yang sudah boleh dilihat dengan mengamati situasi pergolakan politik geostrategik semasa ialah bagaimana kuasa dajjal akan melaga-lagakan kesemua kuasa-kuasa besar dunia melalui konflik yang berpunca dari Iraq dan Sungai Furat ini. Pada masa yang sama, buah-buah bidak dari pemalsu-pemalsu agama yang akan memainkan peranan sebagai kuncu-kuncu dajjal atas nama kerajaan dan kepentingan dunia Islam dalam mencetuskan konflik dari wilayah ini adalah seperti berikut ;
- Kerajaan Arab Saudi sebagai penguasa Haramain.
- Kerajaan Jordan melalui propaganda "Khilafat" dan kerajaan "ahlul bait" mereka.
- Kerajaan Turki melalui propaganda Khilafat Ottoman/Usmaniyat mereka.
- ISIS melalui propaganda Khilafat Daulah Islam.
- Kerajaan Iran melalui "Imam Mahdi" Syi'ah.
Sambil penguasa-penguasa Mufsidun Dajjal dari kelompok Zionis dan Globalis dalam hierarki pertengahan sibuk bercaturan atas maksud kuasa, harta dan kekayaan dunia, kelompok-kelompok SATANIS dalam hierarki TERTINGGI pemerintahan sistem Dajjal ini akan mencaturkan buah-buah bidak dari kalangan pemalsu-pemalsu agama Islam ini bagi agenda mengaburi ummah dari kemunculan Imam Mahdi yang sebenarnya.
DI BALIK KHAZANAH KEKAYAAN IRAQ: PERBANKAN ROTHSCHILD
Dan tak perlulah kita berbicara mengenai sistem perbankan yang mengawal aliran kewangan Iraq dengan panjang lebar. Sejak penubuhannya, ia dikawal rapi 24 jam oleh badan keselamatan dari pihak tentera elit Amerika Syarikat.
"BANK NEGARA IRAQ BERTUKAR STATUS KEPADA BANK MILIK PERSENDIRIAN BILA IA DIAMBILALIH OLEH PERBANKAN ROTHSCHILD PADA TAHUN 2004. KINI DITADBIR OLEH JP MORGAN-CHASE BANK (AS) MILIK ROTHSCHILD." - Understanding Money and War, Part V - Oleh R. D. Bradshaw
Dan tak perlulah kita berbicara mengenai sistem perbankan yang mengawal aliran kewangan Iraq dengan panjang lebar.
"BANK NEGARA IRAQ BERTUKAR STATUS KEPADA BANK MILIK PERSENDIRIAN BILA IA DIAMBILALIH OLEH PERBANKAN ROTHSCHILD PADA TAHUN 2004. KINI DITADBIR OLEH JP MORGAN-CHASE BANK (AS) MILIK ROTHSCHILD." - Understanding Money and War, Part V - Oleh R.D. Bradshaw
AKHIRUL KALAM : PESANAN PADA UMMAH SUPAYA BERSIAP SIAGA DAN MENJAUHI SAMASEKALI DARI PERCATURAN PENUH FITAN AKHIR ZAMAN
Hadits Sungai Furat ini hendaklah jangan dipandang remeh oleh ummah kerana percaturan pelbagai kelompok sesama Islam ini bersama kuasa-kuasa besar dunia bakal mengheret ummah terjebak dalam kancah peperangan penuh huru-hara dan fitnah.
Hendaklah kita mengambil iktibar pada kadar segera bahawa sesungguhnya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam atas kasihnya keatas ummah sudah memberi peringatan demi peringatan tentang bahaya yang sudah, telah dan bakal menimpa ummah.
Hendaklah kita kembali beriman dan beramal pada keseluruhan ajaran Islam yang soheh sepertimana yang telah diperintahkan oleh ALLAH JALLA JALLALALUHU kepada Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam dan para Sohabah RadhiAllahu 'anhum 'ajmain. Sesungguhnya masa sudah kian hampir.
Di dalam suatu peristiwa yang menjadi asbab bagi turunnya Surah Al Massadd yang mencela Abu Lahab, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam pada suatu pagi telah mengumpulkan penduduk-penduduk Mekah di bukit Sofa (kaki bukit pada Jabal Qubais) bagi menyampaikan amaran kepada mereka.
Beliau naik sampai ke puncaknya, kemudian berseru, “Ya Sobahah!” (kalimat isbaha peringatan yang biasa mereka gunakan untuk mengabarkan akan adanya serangan musuh atau terjadinya peristiwa yang besar).
Kemudian beliau Sollallahu 'alaihi wassalam mulai memanggil kabilah-kabilah cabang dari kabilah Quraisy dan menyebut mereka kabilah per-kabilah, "Wahai bani Fihr, wahai Bani Fulan, wahai Bani Fulan, wahai Bani Abdu Manaf, wahai Bani Abdul Muththalib!” ketika mendengar (panggilan tersebut), mereka bertanya, siapa yang berteriak-teriak itu? Mereka mengatakan, “Muhammad.” Maka orang-orang pun bergegas menuju beliau shalallahu ‘alaihi wasallam, sampai-sampai seseorang yang tidak bisa datang sendiri mengirim utusan untuk melihat apa yang sedang terjadi.
Ketika mereka telah berkumpul, beliaupun berbicara: “Apa pendapat kalian seandainya aku beritahukan kepada kalian bahwa ada pasukan berkuda di lembah bukit ini yang akan menyerang kalian, apakah kalian mempercayaiku?”
Mereka menjawab: “Ya, kami tidak pernah menyaksikan engkau melainkan selalu bersikap jujur.”
Beliau pun berkata: “Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kalian dari siksa yang pedih.
Permisalanku dengan kalian hanyalah seperti seseorang yang melihat pasukan musuh kemudian bergegas untuk mengawasi keluarganya" (mengamati dan melihat mereka dari tempat tinggi agar mereka tidak didatangi musuh secara tiba-tiba) karena ia khawatir musuh akan mendahuluinya, maka ia pun berseru, “Ya, Sobahah.”
Kemudian beliau Sollallahu 'alaihi wassalam mengajak untuk bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Lalu beliau menjelaskan kepada mereka bahwa kalimat syahadat merupakan kekuatan dunia dan keselamatan akhirat.
Kemudian beliau Sollallahu 'alaihi wassalam memperingatkan mereka agar waspada dari siksa Allah. Dijelaskan pula bahwa keberadaan beliau sebagai rasul tidak bisa menyelamatkan mereka dari siksa dan menolong mereka sedikitpun dari (keputusan) Allah. Beliau memberi peringatan tersebut secara umum dan khusus.
Beliau mengatakan: “Wahai orang-orang Quraisy, korbankanlah diri-diri kalian karena Allah! Selamatkanlah diri-diri kalian dari api neraka!
Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat kepada kalian dan tidak pula manfaat, serta aku tidak bisa menolong kalian sedikit pun dari (keputusan) Allah! Wahai Bani Ka’ab bin Luay, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberi mudharat dan tidak pula manfaat! Wahai Bani Ka’ab bin Murrah, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Wahai Bani Qushay, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat dan tidak pula manfaat! Wahai bani ‘Abdu Syams, selamatkanlah diri-diri kalian dari api neraka!
Wahai bani Abdu Manaf, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat dan tidak pula manfaat! Wahai bani Hasyim, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Wahai bani ‘Abdul Muthalib, selamatkan diri-diri kalian dari api neraka! Sesungguhnya aku tidak bisa memberikan mudharat dan tidak pula manfaat, serta aku tidak bisa menolong kalian sedikitpun dari (keputusan) Allah! Mintalah kepadaku dari hartaku sebanyak yang kalian suka, namun aku tidak bisa menolong kalian sedikitcpun dari (keputusan) Allah! Wahai ‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib, aku tidak bisa menolongmu sedikitpun dari (keputusan) Allah! Wahai Shafiyyah bintu ‘Abdil Muththalib (bibi Rasulullah), aku tidak bisa menolongmu sedikitpun dari (keputusan) Allah! Wahai Fatimah bintu Muhammad Rasulullah mintalah kepadaku dari hartaku sebanyak apa yang engkau mau, selamatkan dirimu dari api neraka, aku tidak bisa menolongmu sedikitpun dari (keputusan) Allah! Karena kalian memiliki hubungan silaturahmi maka akan aku basahi dengan airnya (maksudnya akan aku sambung hubungan silaturahmi tersebut sesuai haknya)".
Setelah selesai beliau menyampaikan peringatan tersebut, orang-orangpun bubar dan bertebaran. Tidak disebutkan keadaan bahwa mereka menampakkan suatu penentangan ataupun dukungan atas apa yang telah mereka dengar, kecuali apa yang terjadi pada Abu Lahab.
Ia menemui Nabi dengan nada yang kasar. Ia berkata, “Celakalah engkau selama-lamanya! Cuma untuk inikah kamu kumpulkan kami?”
Maka turunlah ayat (artinya): “Telah celaka kedua tangan Abu Lahab dan diapun celaka.” (Al-Lahab:1)
Kandungan surat Al Lahab
Ayat pertama
تَّبَّتْ يَدَا أَبِيْ لَهْبٍ وَتَبَّ
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.”
Abu Lahab adalah putranya Abdul Muththalib namanya Abdul ‘Uzza. Dinamakan Abu Lahab karena ia kelak akan masuk ke dalam neraka yang memiliki lahab (api yang bergejolak). Atas dasar inilah Allah subhanahu wata’ala menyebutnya dalam kitab-Nya Al Quran dengan kun-yahnya (yaitu nama/julukan yang diawali dengan Abu atau Ibnu, atau Ummu bagi perempuan), dan bukan dengan namanya.
Juga karena ia lebih tegar dengan kun-yahnya. Dan juga karena namanya disandarkan kepada nama salah satu berhala pada zaman itu. Dia adalah salah satu bapa saudara Rasul yang paling besar permusuhannya kepada Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam sejak dikumandangkannya dakwah mengajak beribadah hanya kepada Allah saja.
Ayat ini turun sebagai bantahan kepadanya disaat menolak dan enggan untuk mengikuti seruan Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam.
Mungkin para pembaca bertanya-tanya, mengapa Allah hanya menyebutkan kedua tangannya saja yang akan binasa? Jawabannya adalah seperti yang telah dijelaskan dalam kitab tafsir Adhwa`ul Bayan, bahwa penyebutan tangan dalam ayat ini, masuk dalam kaidah penyebutan sebagian tetapi yang dimaksudkan adalah keseluruhannya. Hal ini diketahui dari lafazh setelahnya yaitu “Watabba” artinya: ia (Abu Lahab) telah binasa.
Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wata’ala memaksudkan penyebutan kebinasaan seseorang dengan mencukupkan penyebutannya pada kedua tangannya. Ya, karena memang kedua tanganlah yang mempunyai peran besar dalam mengganggu dan menyakiti Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam.
Ayat kedua
مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ
“Tidaklah berfaedah (berguna) kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan”.
Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu menyebutkan: “Tatkala Rasulullah mengajak kaumnya untuk beribadah hanya kepada Allah saja dan meninggalkan sesembahan selain Allah, berkatalah Abu Lahab: “Jika apa yang dikatakan putra saudaraku (Rasulullah) adalah benar aku akan menebus diriku dari azab yang pedih pada hari kiamat dengan harta dan anak-anakku.”
Maka turunlah firman Allah Ta’ala (artinya): “Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan” (Tafsir Ibnu Katsir)
Ketika hukuman binasa telah disandangnya, maka tidak bermanfaat lagi apa yang telah diusahakannya dari harta-benda, anak isteri, kedudukan, jabatan dan lain sebagainya dari perkara dunia ini. Allah Subhanahu wata’ala menegaskan dalam firman-Nya (yang bermaksud) :
“Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.”
Ayat ketiga
سَيَصْلَى نَاراً ذَاتَ لَهَبٍ
“Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.”
Kelak ia akan diliputi oleh api neraka dari segala sisinya
Ayat keempat
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ
“Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar.”
Isteri Abu Lahab merupakan salah satu tokoh wanita Quraisy. Namanya adalah Auraa’ bintu Harb bin Umayyah kunyahnya Ummu Jamil, saudara perempuannya Abu Sufyan (bapaknya Muawiyyah). Sebagaimana suaminya, ia juga merupakan wanita yang paling besar gangguan dan permusuhannya terhadap Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam.
Ia dan suaminya bahu-membahu dalam permusuhan dan dosa. Ia curahkan segenap daya dan upayanya untuk mengganggu dan memusuhi beliau shalallahu ‘alaihi wasallam. Pernah ia membawa dahan yang penuh duri, lalu ia tebarkan di jalan yang sering dilalui oleh Rasulullah pada waktu malam, sehingga melukai beliau dan para Sohabatnya.
Ketika mendengar turunnya ayat: “Telah celaka kedua tangan Abu Lahab.”
Ia pun datang, sambil tangannya menggenggam batu, ia mencari-cari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam. Sementara beliau tengah duduk bersama Abu Bakr di dekat Ka’bah.
Kemudian Allah Subhanahu wata’ala menutup penglihatannya sehingga ia tidak bisa melihat kecuali Abu Bakar saja.
Maka ia pun bertanya, “Mana temanmu itu (Muhammad Solallahu ‘alaihi wasallam)?
Telah sampai kepadaku bahawa dia telah mengejekku dengan syair.
Demi Allah, seandainya aku menjumpainya, sungguh aku akan pukul mulutnya dengan batu ini. Ketahuilah, demi Allah aku sendiri juga pandai bersyair.”
Kemudian iapun mengucapkan syair:
Orang tercela kami tentangUrusan kami mengabaikannyaDan agamanya kami tidak suka
Lalu ia pun pergi. Maka bertanya Abu Bakr, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mengira bahwa dia melihatmu?” Kemudian beliau pun menjawab, “Dia tidak melihatku. Allah telah menutupi pengelihatannya.”
Maka terkumpullah di punggung wanita jahat ini dosa-dosa, seolah orang yang mengumpulkan kayu bakar yang telah mempersiapkan seutas tali di lehernya. Atau ayat ini bermakna pula di dalam neraka wanita ini membawa kayu bakar untuk menyiksa suaminya sambil melilitkan dilehernya seutas tali dari sabut.
Sedangkan Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Qatadah dan As-Sa’dy menafsirkan ayat ini dengan namimah. Maksudnya isteri Abu Lahab selaku tukang fitnah. Al-Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah (salah seorang tokoh besar dan ulama` tabi’in) berkata: “Isterinya Abu Lahab memfitnah Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam dan para sahabatnya kepada musyrikin.” (Fathul Bari dan Tafsir Ibnu Katsir)
Ayat kelima
فِيْ جِيْدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدَ
“Yang dilehernya ada tali dari sabut.”
Al-Imam Al-Fara mengatakan: “Al-Masad adalah rantai yang ada di neraka, dan disebut juga tali dari sabut. (Fathul Bari)
--------------------------------------------------------------
Koleksi video ceramah agama yang berkaitan dengan Sungai Furat :
Misteri Sungai Furat dan Gunung Emas
No comments:
Post a Comment