Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 12 July 2014

McDonald's

Arkib : 13 Julai 2014. Kenapa Boikot McDonald's Malaysia?


Gambar 1 : Logo M untuk McDonald's dengan label, i'm lovin' it

  • Boikot McDonald's Corporation Timbul Apabila Berlaku Konflik Palestin-Israel
McDonald's Corporation Sumbang Dana kepada Jewish United Fund

Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web rasmi Jewish United Fund [JUF] of Metropolitan Chicago), McDonald’s Corporation adalah rakan kongsi korporat JUF dan Jewish Federation.
Melalui Israel Commission, JUF berusaha untuk mengekalkan kuasa ketenteraan Amerika, ekonomi dan hubungan diplomatik dengan Israel, menyelia dan jika perlu menjawab kepada media isu-isu berkaitan Israel.

Melalui program “Partnership to Israel”, JUF menyumbang sebanyak USD1.3 juta setahun untuk membangunkan Kiryat Gat, sebuah kawasan penempatan haram yang dibangunkan selepas pembersihan etnik pada 1949 yang bertentangan dengan konvensyen undang-undang antarabangsa. 
Kebanyakkan program-program yang ditaja McDonalds adalah berbentuk pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat untuk membersihkan nama Israel, dan demi memastikan dunia merasakan bahawa Israel tidak bersalah. Pengarahnya, Simon Silberg telah memenangi anugerah Goldsmith atas kapasiti beliau menjayakan program “Israel Solidarity Day”. 
Yang seronoknya apabila di Arab Saudi, terdapat lebih 83 cawangan termasuk 4 di Madinah dan 4 di Tanah Suci Mekah, termasuk yang terbaru di pusat membeli belah Abraj al-Bait (Towers of the House) hanya beberapa meter daripada Kaabah, dengan Putera Mishaal bin Khaled Al Saud adalah pemegang lesen. -table4three

Tahukah Anda?

Para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA.
5% promotion fees & 5% royalti.
Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit.
McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel.

Ini berita tahun 2013.
Setiap bulan McDonald's Malaysia terima 12 juta orang pelanggan, bersamaan 400,000 orang sehari.
250+ outlet McDonald's di seluruh Malaysia.
Andaikan setiap pelanggan ambil set paling murah,
McValue Meal @ RM 5.90
400,000 x RM 5.90 = RM 2,360,000 sehari gross sale.
Maka jika sumbangan 10% daripada gross sale,
RM 2,360,000 x 10% = RM 236,000 sehari dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.

Sebulan ?
RM 236,000 x 30 hari = RM 7,080,000 sebulan dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.

Setahun ?
RM 7,080,000 x 12 bulan = RM 84,960,000 setahun dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.

Ini baru sumbangan anda melalui McDonald's.
Starbucks ?
Coca Cola ?
Danone ?
Nestle ?
Lagi, dan lagi, dan lagi...

Jadi, saya nak tanya, berapa RM yang anda mahu sumbang untuk Zionis ?
Berapa RM yang anda mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin ?
Kalau tak terasa apa-apa, I don't know what to say anymore.

I rest my case.
Teruskan makan, teruskan menyumbang... Untuk zionis...
Sekian & terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sampai habis.

PS : Feel free to tag yourself or to share or whatever.
PS : Kalau ada silap fakta @ silap kira, mohon maklumkan kepada saya. - Khalid Abd

Kenapa Boikot McDonald’s Sahaja? – Penjelasan Dr. Hafidzi Mohd Nor

Ramai yang masih mempersoalkan kenapa kita hanya memfokuskan untuk boikot mcDonald’s. Berikut adalah pencerahan dari Dr. Hafidzi Mohd Nor. Mohon buka telinga, buka mata dan buka hati luas – luas kenapa pentingnya kempen boikot ini. huhu..

“Boycott adalah satu ‘peperangan’. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengisytiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada Zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot” -  Aqsa Syarif

Di Sebalik Wayang McDonalds!


Ada yang kata McDonalds Malaysia TIDAK MENYUMBANG kepada tabung ISRAHELL, Betul kah?? Sejauh Mana Anda KENAL BUSINESS Mereka?? Ayuh sama sama kita BONGKAR! HI GREAT peoples!! Please click Button Subscribe kalau belum, lepastu tekan Button Bell tu, Dont forget untuk Hit LIKE! and please support this channel for future content. Thank You for being here! Feel free to share and Comment anytime. For Collaboration, Advertisement slots, Reviews please email me at: alif.saifuddin1989@gmail.com IG Alif: https://www.instagram.com/alif.sharif... Gear Used: Main production camera: Gopro Hero 7 Black Sony A99 Lens: - Minolta 28mm F2.8 - Ziess 24-20mm f2.8 ZA - Sony 50mm f1.8 - Sigma 70-200mm f2.8 - Sigma 150-400mm f4 Vlog: Sony RX100 mkii Gopro Hero 7 Black Bag: Tenba Messenger Lowepro Computrekker AW #MarjansTV
  • Fakta Penafian Daripada McDonald's Malaysia

Gambar 2 : Isu sokong Israel, McDonald's Malaysia bertindak
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

"Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.

"Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.

Tidak ada niat nak membela McDonald's.

Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa dengan pihak tersebut sebelum menuduh. 

Jika fakta ini salah maafkan saya, jujur pelik bila ada yang boikot McD konon bantu Isreal, viral kecam kereta beratur drive thru McD kononnya kutuk israel tapi hulur duit kat israel 😅, Semoga ini dapat membantu yer.

Hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restaurants (McDonald's Sdn. Bhd.).

Jawapan dari McDonald's mengenai status mereka.

1- McD Malaysia, Singapura dan Arab Saudi adalah milik muslim 100%.

2- Owner McD Malaysia adalah Lionhorn Pte. Ltd. syarikat bawah Reeza Group (Arab Saudi). Jadi dia adalah milik muslim sepenuhnya (100%)

Kedudukan McD di Malaysia hari ni sama kedudukan KFC Malaysia yang dimiliki oleh JCORP.

3- Maknanya McD Malaysia bukan milik McDonald’s Corporation. Yakni bukan milik US.

4- McDonald’s Corporation adalah pemilik asal McD satu dunia.

5- Lionhorn membeli seluruh share yang dimiliki oleh McDonald Corporation di Arab Saudi, Malaysia dan Singapura.

6- Memang dahulu McD Malaysia melalui Golden Arches Restaurants adalah milik McDonald's Corporation. Tetapi tahun 2016 sudah dibeli oleh Reeza Group melalui Lionhorn dan dijadikan sebagai milikan penuh mereka 100%.

7- Di Malaysia McD diuruskan oleh Gerbang Alaf Restaurants anak syarikat Lionhorn.

8- Adakah McDonald's Malaysia bayar royalti pada McDonald’s Corporation? Ye ada tetapi bayaran kerana memakai brand McDonald's. Keadaan ini sama seperti KFC, A&W dan sebagainya yang memang kena bayar untuk lesen jenama.

9- Jangan sesiapa kata KFC tidak bayar royalti penggunakan brand kepada KFC US. Kerana memang ada bayaran itu melalui Yum Brand Inc. (yang menguruskan KFC US). Boleh rujuk 

10- Adakah McD bantu Israel. Setakat ini belum ada fakta dan bukti yang benar yang tunjuk bahawa McD bayar secara kewangan syarikat kepada israel di US. Di Malaysia lagilah tidak ada penglibatan dengan Israel.

11- Sumbangan peribadi pekerja McDonald's kepada dana Israel tidak boleh dinamakan sumbangan McDonald's kepada israel.

12- Lagipun sumbangan itu tidak pernah direkodkan, tidak ada dalam catatan. So itu termasuk dalam (zann) yang tidak boleh dijadikan hujah.

13- Jumlah pekerja McDonald's Malaysia seramai 12k. Pekerja muslim adalah 80%.

14- Pekerja Muslim McDonald's ini terselamat dari serve arak dan benda haram lain. Anak orang Islam kita tidak terselamat dari serve arak di 7 Eleven, KK Mart dan lain lagi syarikat yang terlibat dengan arak.

15- Mereka dibenarkan dan digalakkan solat. Tidak seperti syarikat lain yang tidak patuh syariah, tidak membenarkan pekerja muslim mereka solat, tutup aurat bahkan solat Jumaat.

16- Polisi McDonald's mengikut Jakim yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama - menutup aurat, solat dan solat Jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki.

17- McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan.

18-  Mengenai sumbangan McD US kepada JUF (Jewish United Fund) sila rujuk link video di bawah.


Video Pencerahan oleh McDonald’s Malaysia


Saksikan video ini yang menjelaskan dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap McDonald’s tentang konflik di Palestin.

19- Ini satu lagi video yang agak terpeinci sedikit.


Kempen Penerangan oleh McDonald's Malaysia


20- Kesimpulannya ada lima persoalan besar di sini:

a- Adakah McDonald's Malaysia milik McD US?
Jawapannya tidak. Ia sudah dimiliki sepenuhnya oleh Muslim.

b- Adakah McD Malaysia bayar royalti untuk gunakan brand McDonald's?
Jawapannya ya ada, sama seperti KFC, Burger King, A&W dan lain-lain yang membayar kepada syarikat induk mereka untuk guna brand mereka.

c- Adakah pernah mereka yang terbabit dengan McDonald's memberi duit kepada israel?
Jawapannya ya, tetapi bukan sumbangan syarikat tetapi sumbangan secara individu yang tidak menggunakan langsung dana McDonald's. Sumbangn adalah dari wang poket pekerja itu sendiri. Sumbangan secara individu tidak patut dinamakan sumbangan McDonald's kerana kenyataan demikian tidak adil. Seperti kenyatan Melayu pemalas. Kenyatan ini tidak adil sedangkan bukan semua Melayu malas. 
Lagipun individu itu sudah tidak lagi menjadi pekerja McD.

d- Adakah McDonald's milik yahudi?
Jawapannya tidak. McD adalah syarikat public listed. Yang dimiliki oleh shareholder yang ramai. McDonald's dimilki oleh 1.8 juta orang shareholder yang membeli saham-saham McDonald's. So segala aktiviti kewangan melalui audit yang ketat dan mustahil boleh melarikan wang itu untuk Israel tanpa melalui audit dan pengetahuan shareholder

e- Adakah McDonald's ada buka restorannya di israel?
Jawapannya ya, ada dan itu di luar kawalan McDonald's Malaysia. Perkara itu susah untuk diambil sebagai kayu ukur. Kerana semua jenama dunia ada di Israel. BMW, Mercedes, Volkswagen, Iphone, Samsung, Hyundai dan lain-lain lagi. Kalau itu alasan boikot maka kena boikot semua produk brand itu juga.
  • Ini hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restaurants pada selasa 19/12/2017.
Tidak ada niat nak membela McDonald's.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa dengan pihak tersebut sebelum menuduh.

Kami bertanya pihak McDonald's. Kalau ada orang yang ingin berjumpa mereka bagi menyelesaikan kekeliruan, mereka menyatakan kesediaan bila-bila masa saja untuk berjumpa.

Itu yang kami perolehi dari McDonald's Malaysia. Jika ada yang hendak menyanggahi fakta-fakta di atas sila bawakan fakta-fakta yang boleh disandarkan kepada pihak yang sanggup bertanggungjawab atas fakta itu.

Insyaallah saya akan pergi berjumpa pulak pihak yang mengeluarkan fakta yang menyanggahi McDonald's ini.

Ustaz Zul Pandan tak mahu bergaduh cuma hendakkan perdamaian dan kebenaran.
😊😊

Kredit Ustaz Zul Pandan



Gambar 3 : Struktur Pemilikan McDonald's Malaysia (Sumber Ihsan Harian Metro)

Bila isu Palestin naik, isu boikot Mcd and Starbucks pon akan muncul kembali. So marilah kita perbetulkan faktanya. 

Siapa shareholder Mcd ? 

10 Shareholder terbesar Mcdonald - Vanguard Group, SsgA Fund Management, Blackrock, Wellington Management, Geode Capital, Northern Trust Investment, Norges Bank, T.Rows Price Associate, JP Morgan dan Morgan Stanley. 

Siapa shareholder Starbucks ? 

10 Shareholder terbesar Starbucks - Vanguard, Blackrock, Ssga fund management, Magellan Asset Management, Geode Capital, Northern trust investment, Fidelity, Loomis, Sayles and co, Polen Capital Management, Norges Bank. 

So dari list shareholder itu, top 10 biggest shareholder hampir kesemuanya asset management company or mudah cerita company unittrust. 

McDonald's Di Persempadanan Israel

McDonald's memang membuat keputusan untuk tidak membuka sebarang cawangan di kawasan Palestin yang dijajah Israel. Memang polisi mereka untuk tidak membuka cawangan di Israel yang merentas sempadan yang ditetapkan pada tahun 1967. Orang Israel marah sehinggakan pernah ada movement untuk boikot McDonald's oleh orang Israel sendiri.

Ironi menurut sumber :
Persoalan kedua, adakah benar mereka menyumbang kepada tentera Israel ? 

Berkenaan Starbucks tidak benar. Surat yang viral mengatakan CEO dia support Israel tu surat fake yang ditulis oleh Andrew Winkler. Dia sendiri dah mengaku yang surat tu hanyalah troll sahaja. 

Tahukah anda dekat US Starbucks kena boikot juga sebab kononnya Starbucks tidak support US military. Benda ni juga fake sebab orang sebarkan email palsu. 

So both side of the party condemn Starbucks. Satu kata konon sokong yahudi, satu lagi kata konon tak sokong US. Dua-dua fake. Kebenaranya ialah Starbucks tidak menyokong sebarang political movement, dia meniaga kopi sahaja. 

*Starbucks ada buat sumbang 25 sen untuk setiap cawan kopi untuk mental health for veteran tentera. Itu sahaja sumbangan yang dia ada buat. 

Mcdonald pula macam mana ? Mcdonald memang terang-terang tidak menyokong agenda zionist. Mcdonald Israel tak nak buka branch dia dekat settlements. Tempat lain dia buka tapi dekat kawasan yang Palestin nak claim macam tebing barat dia tak nak buka branch

Mcdonald even remind Israel untuk tak masuk dalam kawasan di mana palestin ada authority. Benda ini menyebabkan veteran tentera Israel lancarkan gerakkan boycott Mcdonald. 

----------------------------------------------

Anyway dua-dua saham ini best untuk kita beli. Starbucks traded at higher PE and benda itu justify the valuation sebab Starbucks jual premium product, tiada competition dan Starbucks make money.

Mcdonald pun best, traded at average PE tapi yang best sebab dia pegang market share and earning senang nak naik.


Rujukan utama di sini : Mengenali McDonald's Malaysia

Pautan artikel lain yang berkaitan :

Bila Melayu Tunjuk Pandai Isu Boikot !

McDonalds Terancam Bangkrap Di Beberapa Negara

MacFood Services Malaysia Halal #McDonalds

Nota : Perkongsian di sini adalah sebagai penilaian untuk kita sebagai Umat Islam majoriti di Malaysia. Segala keputusan baik dan buruk yang kita ambil adalah kata putus yang telah kita muktamadkan. 'Tepuk dada, tanyalah selera'. Dunia pada akhir zaman ini segala-gala jenis teknologi dan dunia perniagaan sudah tentu telah dikuasai sepenuhnya oleh pemilik-pemilik perusahaan daripada tokoh-tokoh perniagaan Yahudi Zionis. Kita seharusnya sama-sama dapat menjauhi produk-produk yang berunsurkan syubhah. Adalah lebih jelas sekiranya kita dapat menjauhi produk-produk sebegini kerana kini sudah ramai pengusaha usahawan dan perniagaan tempatan terdiri daripada kalangan Muslim. Sebagai contoh, sekiranya anda berhajat untuk membeli juga makan seperti burger, kita boleh dapatkan daripada gerai-gerai peniaga jalanan yang menggunakan produk makanan seperti jenama Ramly, Saudi dan Al-Baity. Apabila kita membeli makanan daripada peniaga-peniaga kecil seperti ini sudah tentu mendatangkan pendapatan kepada mereka untuk teruskan kehidupan yang mencabar pada zaman wabak Covid-19 yang melanda negara kita Malaysia ini. Semoga segala usaha dan kebaikan yang kita lakukan mendapat imbuhan dan ganjaran daripada Allah s.w.t. In Shaa Allah. Aamiin Ya Robbal'alamiin

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...