KUALA LUMPUR: Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia berkemungkinan tidak dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di sini pada Khamis.
Dalam nahas membabitkan pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban selepas ia ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab pada 17 Julai lalu.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/07/mh17jasad-mangsa-mungkin-tidak-dapat.html
No comments:
Post a Comment