9 Sebab Kenapa Palestin Perlu Dipertahankan
1. Kiblat pertama orang Islam. 2. Tanah para ambia - Di antara para anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi. 3. Terdapatnya Masjidil Aqsa. Sabda Rasululllah SAW: “Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?” Baginda menjawab “Masjid al-Haram.” Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab “Masjid Al-Aqsa”. [HR Bukhari dan Muslim]. 4. Masjid ketiga suci umat Islam. Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.” 5. Merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat. Sabda RasuluLAH SAW: “Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan.” [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah]. 6. Orang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah dan dikenali sebagai bumi pertahanan jihad. Rasulullah SAW bersabda: “Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah.” [HR at-Tabrani dan Al-Haitami]. 7. Pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW: “Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani]. 8. Tanah yang diberkati Allah. Firman Allah SWT: “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1]. 9. Bumi yang akan didirikan ibu negara umat Islam di akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman. Rasulullah SAW bersabda: “Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).” Rujukan Hanif Ismail (2006). Baitul Maqdis Kesucian yang Dipertahankan. Petaling Jaya: Hijjaz Records Sdn Bhd. Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa dalam Bahaya. Kuala Lumpur: Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia. Mohsen Saleh & Riyard Mahmoud. Kenangi Palestin Selami Isunya. Bandar Baru Bangi: Aman Palestin Bhd. Mohd. N. Azran M. & M. Mahadi Isa (2005). Gerakan Freemasonary, Musuh dalam menghancurkan ISLAM. Selangor: La Khauf Resources. |
https://www.facebook.com/anugerahquran/photos/a.237262459657962.68635.233766870007521/796810637036472/?type=1
No comments:
Post a Comment