Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 6 August 2014

Adakah Akta Hasutan hanya untuk Melayu dan Muslim?


Apakah akta hasutan 1948 digunakan hanya untuk menghukum pesalah kaum melayu sahaja? 

Mutakhir jni amat jelas interpritasi keatas Akta berkenaan lebih menakutkan Bangsa Melayu sedangkan kaum melayu dan umat islam sedang hebat diperlekehkan oleh golongan yang anti Melayu dan Islam dimana golongan berkenaan adalah juga rakyat Malaysia dan diantara mereka adalah yang berkedudukan disisi masyarakat. 

Persoalannya sekarang apakah wujud senario pendakwaan terpilih yang diamalkan oleh Peguam Negara? 

Contohnya lihatlah kepada kes YB Rayer yang semenangnya sudah cukup lengkap untuk direkodkan pendakwaan dibawah Akta Hasutan 1948 tetapi tanpa alasan yang kukuh dan munasabah pertuduhan kes berkenaan ditangguhkan hingga hari ini.
 
"Dua hari sebelum rayer sepatutnya didakwa Peguam Negara telah mengesahkan menerusi satu kenyataan bahawa terdapat kes dan bukti kukuh untuk mendakwa bukan sahaja rayer malah beberapa individu lain termasuk Presiden ISMA dan sekumpulan ahli UMNO yang merempuh Dewan Undangan Negeri tapi yang direkodkan pendakwaan adalah OKT (orang yang kena teduh) dari kalangan kaum Melayu sahaja sedang Rayer masih bebas sehingga sekarang". 

Kita melahirkan perasaan dukacita atas sifat peguam negara yang tidak konsisten dan beliau perlu memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kedudukan sebenar kes YB Rayer berkenaan. 
 
"Kes Rayer tiada kaitan dengan soal imuniti dan tidak sepatutnya digugurkan malah harus dipercepatkan pendakwaannya. 
 
"Peguam negara kena ingat yang menjadi mangsa dalam isu ini adalah parti umno yang telah di maki hamun sebagai celaka oleh Rayer secara berulangkali"
 
Kalau kes induk seperti ini yang terang terangan menghina melayu dan islam boleh terlepas dari tindakan undang-undang, ianya dilihat seperti membuka pintu yang luas kepada pihak tertentu untuk berterusan mengkritik serta menghina agama islam pada masa hadapan.   
 
"Atas nama masyrakat majmuk dan keharmonian kaum di negara ini peguam negara didesak memberikan penjelasan yang rasional supaya masyarakat tidak memandang serong kewibawaan badan pendakwaan negara ini. Terima kaseh.

http://theunspinners.blogspot.com/2014/08/adakah-akta-hasutan-hanya-untuk-melayu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...