Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 26 August 2014

INDAHNYA ISLAM..Tokoh PAS Solat Berimamkan Pemimpin Yang “Dikafirkan” Presiden PAS



Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkunjung ke negeri Kedah bagi mengadakan lawatan sehari di negeri Jelapang Padi itu dan salah satu agendanya ialah bertemu dengan para ulama pondok di Padang Lumat, Guar Chempedak.

Pada mulanya saya agak terkejut dengan agenda tersebut memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat PAS dan saya agak khuatir sekiranya Timbalan Presiden UMNO itu akan dimalukan oleh para penyokong PAS di situ.

Bagaimanapun apabila dijelaskan bahawa ia adalah kehendak Tan Sri Muhyiddin sendiri yang mahu bertemu dengan para ulama pondok tersohor yang dihimpunkan di situ, saya tidak dapat berkata apa-apa, hanya berserah kepada Allah SWT.

Sebetulnya saya tidak dapat hadir ke majlis berkenaan disebabkan kekangan kerja. Namun rakan-rakan saya ada ke sana bersama rombongan Tan Sri Muhyiddin dan mereka ada menghantar sekeping gambar yang cukup bererti buat saya.

Merenung gambar tersebut, saya sekali lagi terkejut besar menyaksikan Timbalan Presiden UMNO itu berpimpin berpegangan tangan dengan seorang tokoh ulama yang tersohor yang merupakan bekas pemimpin utama PAS Kedah.

Beliau yang saya maksudkan ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Muslim Osman. Beliau memegang jawatan tersebut ketika PAS Kedah diketuai oleh Presiden PAS sebelum Hadi Awang iaitu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Noor.

Sebagaimana maklum, PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil belum tercemar dengan mana-mana “syaitan” dan meskipun Anwar sudah menempatkan “syaitan kecil”nya di dalam PAS ketika itu, “syaitan kecil” itu belum lagi “tumbuh tanduk”nya.

Sangat mengharukan apabila melihat Muhyiddin berpegangan tangan dengan Datuk Muslim. Memang Datuk Muslim sangat baik dan tegas pendiriannya terhadap prinsip Islam. Namun pada hari itu beliau berpegangan tangan dengan seorang pemimpin UMNO yang dikatakan kafir oleh Hadi!

Begitulah indahnya Islam dan begitulah kebesaran Allah membalas penghinaan kepada Abdul Hadi. Ketika Hadi menuduh UMNO itu kafir dan menyebabkan pepecahan, Datuk Muslim membuktikan bahawa Presiden PAS itu salah sama sekali.

Hadi patut tahu bahawa bukan saja berpegangan tangan, malah Datuk Muslim telah menjadi makmum pada solat berjemaah yang diimamkan oleh Tan Sri Muhyiddin! Masakan seorang “kafir” boleh jadi imam solat kepada orang PAS?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1468945363356703&set=gm.756628697749831&type=1&relevant_count=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...