Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 26 August 2014

Mahathirism VS Najibnomic

  1. Malaysia ada 2 tokoh pemimpin, kedua-duanya telah banyak berjasa kepada negara tetapi mereka mempunyai cara pentadbiran masing-masing. Artikel ini akan menerangkan ideologi ekonomi kedua-dua pemerintah.
  2. Tun Dr Mahathir lahir ketika Malaysia masih dalam zaman penjajahan British dan seterusnya Jepun. Maruah bangsa dan negara ketika itu sudah sampai tahap paling memalukan, orang Melayu ketika itu hanya bekerja sebagai penoreh getah atau petani dan jika bernasib baik dapat bekerja di sektor awam sebagai kerani dalam pentadbiran penjajah. Jadi wujud satu semangat nasionalis dalam hati Tun Dr Mahathir untuk melihat bangsa dan negaranya bangkit daripada kekalahan. Ia dikhabarkan Kedah walaupun negeri itu majoriti Melayu, agak sedih tiada langsung kedai milik Melayu di Alor Setar. Sekarang amat sukar untuk kita bayangkan suasana sedemikian kerana kedai dan syarikat bumiputera begitu banyak termasuk di Kuala Lumpur disebabkan oleh bantuan kerajaan.
  3. Polisi ekonomi ketika Tun Dr Mahathir lebih kurang sama dengan Maharaja Meiji dan juga Perdana Menteri Korea Selatan Park Chung-Hee, iaitu fokus kepada industri berat dan halang ancaman dari luar negara melalui kuota atau cukai import yang tinggi. Pada tahun 1981, ekonomi negara dari segi pekerjaan banyak bergantung kepada sektor pertanian, perlu kita ingat di sebuah ladang getah boleh memberi pekerjaan sedikit sahaja jika dibandingkan dengan sebuah kilang. Jadi Malaysia mulakan proses perindustrian dan teknologi tinggi, Proton ditubuhkan untuk memulakan era perhasilan kenderaan buatan Malaysia dan kesannya kerajaan menaikkan cukai import kepada kenderaan dari luar negara.Cyberjaya dibina untuk memajukan sektor teknologi negara dan kesannya beratus ribu rakyat Malaysia bekerja disana dalam bidang ICT, R&D dan pendidikan. Beberapa industri diliberalisasikan contohnya perbankan dan telekomunikasi untuk memberi lebih persaingan tetapi kerajaan sentiasa memberi keistimewaan kepada syarikat nasional terutamanya syarikat bumiputera.
  4. Zaman DS Najib Razak pula amat berbeza, beliau membesar apabila Malaysia sudah merdeka dan beliau juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu, keadaan orang Melayu dan negara jauh lebih bermaruah daripada 1925, jadi semangat nasionalism kurang (bukan tiada) berbanding datuk dan nenek kita. Datuk Seri juga belajar ekonomi di negara barat, falsafah Wealth of Nations dan The General Theory of Employment, Interest and Money akan diberi keutamaan dalam pentadbiran ekonomi, 
  5. Jika kita lihat kebanyakkan polisi Datuk Seri menghala ke arah free market. Disebabkan ASEAN sudah menetapkan pada tahun 2015 mereka akan kurangkan atau hapuskan halangan-halangan perdagangan antara ahli ASEAN, jadi kerajaan mula menetapkan polisi kearah objektif ASEAN, contohnya syarikat kenderaan yang menghasilkan produk dengan beberapa % bahagian daripada negara ASEAN akan dikira sebagai produk ASEAN maka tidak perlu atau kurang cukai import antara negara ahli. Kerajaan mengalu-alukan syarikat automotif dari luar negara untuk membina kilang dalam negara termasuk Mercedes, Volkswagen di Pekan,Pahang dan Peugeot di Gurun,Kedah. Kesannya syarikat kenderaan nasional seperti Proton melihat pemilikan ‘market share’ menjunam daripada 60% ketika era Tun Dr M hingga 18% sekarang. Kesan positifnya harga kenderaan import menurun, sudah kebiasaan kita melihat kereta Volkswagen,Mercedes dan Peugeot di jalanraya sekarang berbanding 20 tahun lepas, walau bagaimanapun syarikat kenderaan nasional mengalami persaingan lebih hebat sehingga Proton perlu diswastakan kepada Drb-Hicom baru-baru ini.
  6. Berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang fokus kepada industri berat dan teknologi, DS Najib Razak pula lebih memberi keutamaan kepada industri kewangan (Tun Razak Exchange) dan komersial (Greater Kuala Lumpur), kita boleh lihat KLSE sudah sampai tahap paling tinggi dalam sejarah dan beberapa institusi kewangan luar sudah buka pejabat di Malaysia. Keuntungan syarikat-syarikat kewangan ini juga meraih keuntungan berlipat ganda setiap tahun dan mereka menyalurkan modal kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan negara, contoh terbaik walaupun tidak disenangi orang melayu ialah di Iskandar,Johor.
  7. Secara kesimpulan, setiap pemimpin ada pandangan ekonomi tersendiri, saya fikir lebih baik Tun dan Datuk Seri duduk satu meja dan bincang berkenaan hala tuju negara. Datuk Seri Najib perlu dengar dan buat pertimbangan bukan dengar dan tolak. Mungkin PRU depan merupakan paling sengit kerana ini kali terakhir Anwar Ibrahim akan usaha untuk menawan Putrajaya, saya fikir dia akan bersara jika dia gagal PRU depan. Untuk menghadapi ancaman Pakatan, UMNO perlu memasuki medan perang bersatu dan bukan berpecah belah.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...