Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 29 September 2014

GERGASI LAUTAN TIMUR


Gergasi Lautan Timur
Pada 1513, Patih Yunus mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa bagi menyerang tentera Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade menulis:
“Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal”.
(Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)
Jong merupakan kapal Bangsa Melayu yang digunakan sebagai kapal perang dan juga kapal dagang.
Saiznya hampir dua kali ganda daripada kapal bangsa Eropah dan Jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di dermaga China kerana saiznya yang besar sehingga saudagar-saudagar Melayu melabuhkan Jong mereka sedikit jauh dari pelabuhan.
Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia telah menggunakan istilah leviathan (bukan Leviathan yang dalam siri Supernatural tu) untuk menggambarkan Jong Melayu yang membawa makna “Raksasa Laut” atau “Kapal Gergasi”.
Seorang pengkaji Inggeris Robert Dick mengatakan bahawa sejak dari awal abad Masihi tamadun-tamadun timur dunia yang lain seperti India dan China bergantung penuh kepada kepakaran nakhoda-nakhoda dari Tamadun Melayu dan kapal-kapal Jong Melayu yang mampu mengharungi lautan luas dengan mudah dan cepat. Teknologi kapal-kapal Melayu kemudiannya ditiru oleh orang-orang China, India dan Arab serta Barat.
~ASJ~

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...