Arkib : 30 September 2014
Lanchara : De : Malayos
Ini ialah rencana perbandingan kapal Melayu vs Kapal Portugis dalam kita memperhalusi 1511, kejatuhan Melaka. Portugis mempunyai strategi yang berbeza bila mana kapal-kapal mereka memberikan keutamaan kepada daya pemusnahan dengan menggunakan meriam-meriam yang berkuasa.
Kapal-kapal direka dengan keupayaan untuk membawa lebih banyak meriam supaya daya tembak dapat memusnahkan kapal musuh sebelum kapal tersebut menghampiri mereka. Kecekapan krew artileri mereka juga dipertingkatkan supaya dapat meningkatkan kadar tembakan, namun dengan jumlah meriam yang banyak, mereka tidak boleh menembak serentak atas faktor keselamatan bagi mengelak gegaran kepada struktur kapal.
Oleh itu sistem aturan kawalan tembakan telah diperkenalkan supaya tembakan meriam dilaksana dengan lebih efisien, selamat dan memberikan impak optimum. Hal ini juga berkait dengan penciptaan laras-laras meriam yang boleh ditembak berulang kali tanpa menghadapi isu kepanasan larasnya serta sistem menyerap anjalan selepas penembakan meriam.
Taktik pertempuran laut yang Portugis praktikkan seperti “single line ahead” memerlukan kapal-kapal yang lincah tetapi mempunyai kuasa tembakan yang kuat. Maka taktik ini tidak memerlukan mereka membina kapal yang besar sehingga 200 meter panjang yang sukar menukar haluan dan perlahan, kerana ia akan menjadi “sitting duck” oleh kapal-kapal musuh.
Memang benar jong-jong Melayu adalah besar dan panjang namun tujuan ia dibina adalah sebagai pengangkutan, sementara senjata-senjata yang dibawa pula adalah memadai untuk mempertahankan diri sahaja. Oleh itu perbandingan antara kapal Portugis dan Melaka yang dibuat bersandarkan saiz tidak boleh diguna pakai kerana mereka dari kategori yang berbeza.
Baik jong besar ataupun galleon Portugis, kedua-duanya menghadapi masalah di perairan yang cetek. Seperti yang telah dibincangkan lebih awal, bukan sahaja Kesultanan Melaka bahkan kerajaan-kerajaan di Nusantara ini lebih bergantung kepada perahu besar (lingkungan 30 meter panjang) untuk bertempur dengan menggunakan taktik rempuhan (ramming).
Perahu ini tidak boleh membawa meriam yang besar oleh sebab saiznya yang kecil tetapi ia megekalkan kelincahan untuk melakukan maneuver untuk merapati musuh. Walau bagaimanapun, para sarjana masih berselisih pendapat berkenaan hal ini setelah mengambil kira akan kekalahan angkatan laut Acheh di tangan Portugis pada tahun 1629, yang menunjukkan kapal-kapal Eropah dan taktik perang Barat juga sesuai digunakan di perairan rantau ini.
Dalam peperangan ini, kapal-kapal Portugis yang memiliki kelebihan kuasa tembakan telah berjaya mengalahkan armada Acheh sekali gus membuktikan jong yang besar dan kelincahan perahu besar di rantau ini bukan faktor utama untuk memenangi pertempuran dengan armada Barat. Ia mungkin sesuai untuk mengerumuni (swarming attack) sebuah konvoi yang kecil.
Dalam peperangan ini, Acheh telah menggunakan 236 jong dan perahu-perahu besar manakala pihak Portugis menggunakan 28 buah kapal perang. Armada Portugis pimpinan Nuno Álvares Botelho itu juga berjaya menawan sebuah jong besar Acheh sepanjang 100 meter bernama Cakra Dunia yang dikatakan boleh membawa 700 tentera.
Oleh sebab saiznya yang besar, Portugis menggelarkannya “Espanto del Mundo” yang bermaksud “Penggegar Dunia”. Anthony Reid menyebutkan kapal ini kemudiannya dibawa pulang ke Portugis untuk dipertontonkan kepada umum.
Oleh : Helmi Effendy --The Patriot --
---------------------------------------------------------------------------------
Lukisan di bawah adalah lukisan yang dilukiskan oleh Godinho di Eredia yang menggambarkan bagaimana kapal-kapal Melayu Acheh sedang berperang dengan Portugis.
Lukisan di bawah menggambarkan bagaimana kapal-kapal Galleon Melayu yang berjumlah 5 buah melancarkan tembakan meriam melawan kapal Luis Monteiro Coutinho.
Untuk mengalahkan armada Portugis di Selat Melaka, orang Melayu mendapati jong besar mereka bukanlah lawan untuk melawan Galleon yang dibawa oleh Portugis.
Lantas, orang Melayu telah membina galleon yang lebih kecil daripada galleon Portugis, tetapi lebih pantas dan ini menyebabkan penguasaan Portugis di Selat Melaka terbatas apabila mereka tidak lagi mampu berbuat sesuka hati di Selat Melaka sebaliknya hanya mampu bertahan dan melihat dari jauh bagaimana Johor dan Acheh sibuk untuk berkongsi laluan terhangat dan paling sibuk di dunia itu.
P.S: Bayangkan situasi pertempuran kapal Melayu dan Portugis itu laksana dalam filem Pirate Of The Carribean dan anda akan dapat merasakan betapa hebatnya kita dulu.
Terus, kenapa kita digambarkan sehina-hina ciptaan oleh buku teks sejarah? Melayu dulu hebat…
---------------------------------------------------------------------------------
BENTUK DAN SENIBINA KAPAL ALAM MELAYU
Gambar adalah ilustrasi dan dokumentasi tentang rekabentuk dan senibina kapal dari Alam Melayu oleh Rafael Monleón (1840-1900), dalam Historia De La Navigación, sumber dari Muzium Ketenteraan Sepanyol, Barcelona. Perpustakaan Negara Malaysia semasa 2017 telah mengesan sehingga lebih 20,000 manuskrip di seluruh dunia dan hanya 4,884 naskah asal dalam simpanan.
15,000 manuskrip lama Melayu masih bertebaran di luar negara. Semua manuskrip ini berkisar tentang pelbagai disiplin ilmu; sejarah, kesusasteraan, persenjataan, ilmu masakan, undang-undang dan adat, perubatan tradisional, kitab agama, petua dan azimat, kitab-kitab ramalan, ilmu hutan dan alam haiwan dan sebagainya. Umum mengetahui di Eropah, British Museum dan British Library menyimpan banyak manuskrip dari Alam Melayu, malah Universiti Leiden di Belanda juga memiliki arkib yang penuh dengan manuskrip-manuskrip lama ini.
Bahkan di seluruh Eropah, terutamanya di negara-negara bekas penjajah Alam Melayu seperti Portugis dan Sepanyol juga kedapatan tinggalan warisan, mungkin juga manuskrip penting yang boleh menceritakan lebih lanjut tentang keberdaan ketamadunan di Alam Melayu. Semasa ke Rio pada 2014, sempat melawat Muzium Kebangsaan Brazil malah sempat juga membelek-belek tinggalan sejarah penjajahan Portugis di Brazil dan di seluruh dunia, termasuk bahan pameran yang boleh dijejak sejarah dan pengkisahannya tentang 'Malaca Portuguesa' atau Portuguese Malacca. (Melaka jajahan Portugis).
Malangnya, muzium di Rio de Jeneiro itu kini telah 90% terbakar sekitar tahun lepas. Turut musnah dalam kebakaran besar tersebut termasuklah bahan pameran tertutup dan yang dikatakan belum pernah dipertontonkan. Ini termasuklah bahan atau mungkin rampasan 'Portuguese Conquistador' ini dari jajahan mereka ketika Portugis pernah menjadi kuasa besar dunia sekitar kurun ke-15 hingga kurun ke-17.
Aku pasti, ada bahan, manuskrip atau rampasan perang dari Melaka turut musnah di dalam kebakaran tersebut. Lebih menyedihkan kerana tidak ramai dari kita melihatnya jauh sekali berkesempatan membuat sebarang kajian ke atasnya. Sudahlah dirampas dan direnggut haknya dari kita, ia musnah pula dalam targedi.
Jika begini teliti sekali lukisan dan catatan kolonial dan penjajah tentang salah satu keistimewaan Melayu iaitu pembinaan kapal dan ilmu kelautan, siapa tahu manuskrip apa yang masih menjerit-jerit meminta untuk dikaji tentang sejarah Melayu di tanahnya sendiri dan di seluruh dunia.
Cc : Khairul Ashraf Muhammad
Nusantara historical
Kisah Sejarah Melayu
---------------------------------------------------------------------------------
"Kapal bangsa Melayu ini lima kali lebih besar daripada kapal yang ada pada zamannya sehingga ia digelar oleh Portugis sebagai 'Espanto del Mundo' bermaksud Penggegar Dunia"
Portugis pun goyang dengan kapal kita
#demimalaiu
No comments:
Post a Comment