Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 20 September 2014

Sedikit sejarah tentang Datuk Harun Idris bekas Menteri Besar Selangor


DATUK Seri Harun Idris merupakan Menteri Besar Selangor paling lama iaitu selama 12 tahun.Beliau memegang jawatan itu dari 1964 -1976.Beliau terkenal sebagai pejuang melayu terutama dalam menangani tragedi berdarah 13 Mei1969.

Walaupun ada pihak menyalahkan beliau sebagai punca tragedi 13 Mei 69,orang melayu menganggap Harun merupakan penyelamat orang melayu ketika peristiwa itu.Tragedi rusuhan kaum itu telah menguji kewibawaan beliau untuk meredakan kekkecohan antara kaum selepas dua hari diumumkan Keputusan Pilihan Raya Umum 1969.

Peristiwa itu memberikan peluang kepada Harun untuk menarik orang melayu berhijrah ke kuala lumpur dengan membenarkan mereka mendirikan rumah setingan di sekitar ibu kota .Kerajaan negeri jugak meluluskan ribuan tapak rumah kepada setinggang di sekitar Petaling Jaya.Ampang dan Ulu Klang termasuk Kampung Datuk Keramat.

Beliau jugak berjaya membawa masuk semula Tun Dr.Mahathir yang dipecat selepas 13 Mei 1969 ke dalam UMNO.semasa memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dari 1971 -1976, Harun banyak memperjuangkan penglibatan orang melayu dalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).


*sumber dari Mingguan Malaysia.

https://www.facebook.com/emma.harith.5?fref=nf

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...