HOLOCAUST DALAM KACA MATA LOGIK
Sila Like: Legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Penganiayaan Jerman sehingga menyebabkan jutaan kematian dalam Holocaust adalah satu tragedi. Tiada siapa sepatutnya mengagung-agungkan perkara ini. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini, keangkuhan Zionisme telah meledakkan sebuah arus yang negatif dalam kalangan umat Islam, termasuk Melayu.
Bagaimana kita boleh mengutuk satu pembunuhan (di Palestin) seketika kita bersorak gembira akan satu lagi pembunuhan (Holocaust)?
Sumber-sumber yang menceritakan tentang Holocaust memang banyak yang berstatuskan tokok tambah, terutamanya golongan yang melampiaskan simpati keatas orang Yahudi. Mereka katakan bahawa kegilaan dan kebencian tepu Adolf Hitler yang menyebabkan jutaan Yahudi dianiayai dan dibunuh. Kenyataan mereka adalah benar secara separa sahaja (half-true).
Bagi orang Islam yang bersorak atas tragedi besar dalam Holocaust ini, jangan terburu-buru. Jika pada waktu itu keadaan berubah, jutaan umat Islam turut akan berdarah. Hakikatnya, bukan Yahudi sahaja yang disembelih – rakyat Romani, Pole, komunis, tahanan Soviet, dan golongan OKU pun dijadikan mangsa juga – semata-mata untuk tubuhkan Greater Germany.
Jika anda sangsi akan sumber ini, boleh cari di “Children of Holocaust” yang ditulis Stephanie Fitzgerald pada tahun 2011.
Ini bermakna, kita bukan saja bersorak kematian Yahudi, tetapi kematian orang-orang yang tidak bersalah, terutamanya OKU sendiri.
Apa yang menyebabkan Yahudi dibunuh? Sama seperti Krisis Misil Cuba, Amerika Syarikat yang memulakan masalah ini (termasuk Perang Dunia Kedua). Sebelum Presiden Woodrow Wilson berlepas untuk bersidang tentang Perjanjian Versailles, beliau dinasihati Rabbi Stephen Wise dan juga Bernard Baruch.
Di UK pula, Perdana Menteri Lloyd George dinasihati Phil Sassoon. Perkara yang sama berlaku di Perancis dimana Menteri Dalam Negeri Georges Mandel, seorang Yahudi yang nama sebenarnya adalah Louis Rothschild sebagai penasihat utama buat pemimpin tertinggi Perancis, Georges Clémenceau.
Bukan itu sahaja – golongan bank pun turut bersama delegasi Versailles ini. Antaranya iala Pengerusi Federal Reserve, Paul Warburg dan adiknya sebagai ketua firma perbankan Jerman, Max Warburg merupakan wakil Jerman.
Banyak nama lagi boleh dipetik, tetapi enam nama ini sudah mencukupi. Bata-bata Perjanjian Versailles yang menghancurkan ekonomi Jerman merupakan struktur binaan birokrasi yang dikuasai bangsa Yahudi.
Adakah enam nama ini sudah cukup untuk bunuh ENAM JUTA rakyat yang tidak bersalah?
Analoginya begini – bayangkan saja enam orang ahli politik Melayu dengan rakus merosakkan ekonomi Malaysia sehingga hancurkan struktur kewangan dan segala perkara yang dibina oleh ketua-ketua sebelumnya… bolehkan enam juta Melayu dibunuh atas kezaliman enam orang yang dimaksudkan?
Renung-renungkanlah.
-- AFDS --
https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/304016653125700/?type=1&relevant_count=1
No comments:
Post a Comment