1. Dinasti Xia
Xia merupakan dinasti pertama dalam sejarah China, dinasti itu bersejarah hampir 4000 tahun dan bermula pada abad ke-21 sebelum Masihi hingga abad ke-16 sebelum Masihi (2070 BC - 1600 BC). Wilayah pentadbirannya terletak di kawasan selatan provinsi Shanxi dan kawasan barat provinsi Henan pada masa ini.
Penaja Dinasti Xia itu, Da Yu merupakan pahlawan yang dijunjung tinggi dalam usaha mencegah banjir. Dinasti Xia merupakan permulaan masyarakat bersistem hamba dalam sejarah China dan masyarakat primitif telah berakhir selepas itu.
Pada tempoh akhir Dinasti Xia, kekacauan telah berlaku antara anggota diraja Dinasti Xia dan pertentangan masyarakat pun menjadi semakin serius. Raja terakhir Dinasti Xia, Jie tidak mengacuh pentadbiran negara dan asyik bermain dengan gundik yang disukainya. Dan raja itu membunuh menteri-menteri yang memberi nasihat kepadanya. Pelbagai negeri kecil dibawah kerajaan Xia itu berturut-turut mengadakan pemberontakan. Akhirnya Negeri Shang telah berjaya mengalahkan tentera Xia dan mengakhiri pemerintahan Xia. Raja Jie pun mati selepas dia melari ke Nanchao.
2. Dinasti Shang
Dinasti Shang merupakan dinasti yang pertama dicatat dalam dokumen sejarah di China.
Dinasti Shang yang bersejarah 600 tahun itu dimulakan kira-kira pada Abad ke-16 sebelum Masihi, ibu kotanya selalu dipindahkan dan akhirnya ditetapkan di kawasan sekitar Anyang, provinsi Henan sekarang. Pengkajian arkeologi menunjukkan bahawa tamadun China telah berkembang pada awal Dinasti Shang dan telah munculnya tulisan kulit kura-kura dan kebudayaan perunggu pada zaman itu.
Tulisan kulit kura-kura itu ditemui oleh penghuni kampung Xiaotun di kawasan barat laut Anyang, provinsi Henan pada awal abad ke-20. Kampung itu dipastikan sebagai Runtuhan Yin yang merupakan ibu kota Dinasti Shang pada zaman dahulu.
Penemuan Runtuhan Yin itu bererti penting dalam usaha arkeologi di China pada abad ke-20. Banyak barang-barang artifak yang berharga ditemui di Runtuhan Yin, antaranya kulit kura-kura dan tulang binatang yang bertulis, barang-barang perunggu dan lain-lain.
Selain itu, teknik peleburan perunggu telah berkembang maju pada Dinasti Shang. Antara barang-barang perunggu yang ditemukan di Runtuhan Yi itu termasuk sebuah tungku yang beratnya 875 kilogram itu merupakan karya unggul dalam peleburan perunggu di China.
Berdasarkan kajian arkeologi, konsep negara dan sistem pribadi telah wujud pada Dinasti Shang tersebut.
3. Dinasti Zhou Barat
Zhou Barat dan Zaman Negara-negara Berperang
Zhou merupakan dinasti ketiga dalam sejarah China selepas Dinasti Xia dan Shang. Dinasti Zhou yang bersejarah 770 tahun itu ditubuhkan pada tahun 1027 sebelum Masihi dan diruntuhkan kira-kira pada tahun 256 sebelum Masihi. Zaman Zhou terbahagi kepada dua tempoh iaitu Zaman Zhou Barat dan Zhou Timur yang termasuk Zaman Chunqiu dan Zaman Negara-negara Berperang.
Zaman Zhou Barat yang selama 257 tahun itu bermula kira-kira pada tahun 1027 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 771 sebelum Masihi.
Raja pertama Dinasti Zhou memindahkan ibu kotanya ke Gao yang terletak di kawasan barat laut Chang An sekarang.
Zaman Chunqiu bermula pada tahun 770 sebelum Masihi hingga tahun 476 sebelum Masihi. Peperangan sering berlaku pada zaman itu antara pelbagai negara untuk mengembangkan perkembangan ekonomi masing-masing. Masyarakat pun telah mengalami banyak perubahan, lebih-lebih lagi dalam bidang pertanian. Peralatan besi mulai digunakan dalam usaha penanaman
Pemikit terkenal China Konfucius dilahirkan pada Zaman Chunqiu. Beliau mengemukakan pandangannya tentang kemoralan, politik dan pelbagai isu yang lain dan mewujudkan sistem pemikirannya yang berdasarkan kebudayaan dan masyarakat China.
Zaman Negara-negara Berperang bermula pada tahun 403 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 221 sebelum Masihi selepas Negeri Qin berjaya menyatukan negara China.
Terdapat 7 negeri yang besar pada Zaman Negara-negara Berperang, iaitu negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin. Mereka giat mengadakan pembaharuan untuk menguatkan negara. Antaranya, Pembaharuan Shangyang yang dilaksanakan di negeri Qin telah mencapai kejayaan yang besar untuk memajukan negara itu.
Kebudayaan kuno China tetap berkembang pada Zaman Negara-negara Berperang walaupun perang selalu berlaku pada zaman itu. Pelbagai pemikir yang terkenal telah muncul pada zaman itu dan mewujudkan kemakmuran dalam arena pemikiran. Teori dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka itu telah mendorong perkembangan politik dan ekonomi di China pada masa itu dan ada yang masih berpengaruh di masyarakat China pada masa ini.
Pada tahun 230 sebelum Masihi, raja Negeri Qin, Ying Zheng mulai mengadakan usahanya untuk menyatukan negara China. Pada tahun 221, penyatuan negara China telah diwujudkan oleh beliau, dan keadaan terpisah-pisah di China pun telah berakhir.
-Hangpcdua Malaya-
https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/303045109889521/?type=1&relevant_count=1
No comments:
Post a Comment