Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 10 November 2014

MAKAM PALING MEWAH DALAM SEJARAH - MAHARAJA PERTAMA CHINA



Makam Maharaja Qinshihuang yang terletak di bahagian barat China merupakan salah satu daripada makam maharaja yang paling besar, strukturnya paling ajaib dan barangan yang dikuburkan paling banyak di dunia.
Manakala Terra Cotta atau patung tanah liat berupa perwira dan kuda sebagai sebahagian daripada makam itu digelar sebagai keajaiban ke-8 di dunia dan amat terkenal sama seperti piramid di Mesir.

Maharaja Qinshihuang merupakan maharaja pertama masyarakat feudal China. Baginda merupakan tokoh yang dipuji di satu pihak dan juga dikritik di lain pihak. Maharaja Qinshihuang buat kali pertama menyatukan China, baginda mengambil banyak tindakan untuk mendorong pembangunan ekonomi dan kebudayaan seperti menyatukan mata wang, huruf dan sistem ukuran.

Baginda membina tembok besar untuk menahan serangan musuh. Tindakan-tindakan tersebut menyebabkan baginda menjadi negarawan terkenal dalam sejarah China. Di lain pihak, baginda dianggap sangat kejam dan mewah. Baginda membakar buku dan mengebumikan secara hidup-hidup pujangga yang pendapatnya berbeza dengan pendapat baginda di seluruh negara China.

Tidak lama selepas menyatukan China, Maharaja Qinshihuang telah memulakan pembinaan makamnya. Seramai 700 ribu orang membina makam baginda selama 40 tahun. Apabila baginda mangkat, makamnya masih belum selesai dibina. Makam Maharaja Qinshihuang terletak di Lishan, kawasan di luar Bandar Xian, ibu kota Provinsi Shanxi. Kawasan makam itu seluas lebih 56 kilometer persegi.


Makam itu berbentuk piramid. Dasar makam itu sepanjang 350 meter, selebar 345 meter dan setinggi 76 meter. Di sekitar makam itu, terdapat lebih 500 buah makam iringan.

Di makam-makam iringan tersebut dikebumikan orang-orang yang membina Makam Maharaja Qinshihuang, tiruan kuda dan pedati yang digunakan oleh Maharaja Qinshihuang, tiruan tempat pemeliharaan kuda di istana diraja dan patung tanah liat berupa pahlawan dan kuda yang melambangkan tentera Dinasti Qin.

Penemuan Makam Maharaja Qinshihuang adalah kebetulan. Pada tahun 1974, ketika petani menggali perigi, mereka telah menggali sejumlah besar serpihan tembikar.

Para petani tidak mementingkan hal ini, dan bersedia membuang serpihan tembikar tersebut. Seorang pegawai perlindung artifak budaya yang berada di tempat itu menyedari bahawa ini adalah penemuan yang penting dan segera melaporkan keadaan ini kepada Biro Artifak Budaya Kaunti. 

Dengan demikian, Patung Tanah Liat Berupa pahlawan dan Kuda yang menggemparkan dunia telah ditemui. Sekarang sebanyak 500 buah patung tanah liat berupa perwira, 18 buah pedati perang yang diperbuat daripada kayu dan lebih 100 ekor kuda tembikar telah digali keluar.

Patung panglima perang tersebut bentuk badannya purata setinggi 1.8 meter, ruiak mukanya berbeza-beza dan mirip dengan manusia sebenar, memperlihatkan seni pahatan yang tinggi tarafnya pada zaman Dinasti Qin pada lebih 2000 tahun yang lalu.Patung Tanah Liat Berupa pahlawan dan askar serta Kuda di Xi'an terkenal di dunia. 

Bukan sahaja pelancong dari pelbagai negara yang melawat China menyenaraikannya sebagai destinasi pelancongan yang akan dilawati di China, tetapi juga banyak negarawan yang melawat China juga mencadangkan supaya mereka dibawa menyaksikan keajaiban binaan manusia tersebut.

Demi memelihara dengan lebih baik Makam Maharaja Qinshihuang, kerajaan China sekarang masih belum meneroka makam itu disebabkan teknologi kaji purba China sekarang masih kurang maju.

Pada masa yang lalu, China telah menggali keluar lebih 50 ribu buah artifak budaya yang penting di makam-makam iringan di sekitar Makam Maharaja Qinshihuang, termasuk Pedati dan Kuda Tembaga yang ditemui pada tahun 1980 yang merupakan artifak budaya yang mempunyai nilai tinggi dalam bidang kaji purba yang jarang terdapat di dunia. Pada tahun 1987,

Makam Maharaja Qinshihuang dan Patung Tanah Liat yang Berupa Perwira dan Kuda disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO.

Kredit: CRI Online 

-HE-


https://www.facebook.com/thepatriots2020

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...