Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 31 December 2014

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen berkuatkuasa tengah malam ini



PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.

Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.

Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.

Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/12/harga-petrol-turun-35-sen-diesel-30-sen.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...