Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 13 February 2015

AL-FATIHAH...Datuk Nik Aziz sudah tiada


Setelah uzur sekian lama,Musyridul Am PAS meninggal dunia 9.40 Khamis malam di rumah beliau di Pulau Melaka,Kota Bharu.

Bekas Menteri Besar Kelantan yang berusia 84 tahun itu sebelum itu dibawa pulang ke rumahnya dari Hospital Universiti Sain Malaysia (HUSM) ,Kubang Kerian dimana beliau menjalani rawatan.

Ambulan bertolak menuju ke rumahnya 8.40 malam dan sampai 8.55 malam.

Waktu itu sudah ramai sanak saudara dan orangramai membanjiri perkarangan rumahnya.

Beliau tiba di rumahnya dengan alat bantuan penafasan.

Anak Allahyarham,Nik Abduh memberitahu jenazah bapanya akan diembahyangkan di Masjid Tok Guru dekat rumah mereka pada jam 10 pagi Jumaat sebelum dikebumikan..

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berucap di majlis ulangtahun ke 15 Yayasan Pendidikan Cheras di sebuah hotel di Kuala Lumpur telah berhenti berucap sejurus dimaklumkan mengenai kematian Nik Aziz oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di atas pentas.

Beliau lantas mengajak para hadirin sama-sama membacakan Al-Fatihah.

Kemudian menerusi twitternya pula Najib kata: Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya sedih mendengar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dalam lawatan ke Sarawak menerusi twitternya ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Nik Aziz. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/02/al-fatihahdatuk-nik-aziz-sudah-tiada.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...