Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 13 February 2015

Najib berhenti berucap terima berita Nik Aziz



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berhenti berucap sebaik menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi.

Beliau yang ketika itu menyampaikan ucapan bersempena dengan Program Kolej Teknologi YPC di Kuala Lumpur  kelihatan sebak dan hiba.

Beliau seterusnya dilaporkan meminta hadirin bersama-sama membacakan surah al-Fatihah buat Allahyarham.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/02/najib-berhenti-berucap-terima-berita.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...