Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 13 February 2015

Najib redah lautan manusia untuk ziarah jenazah Nik Aziz


Laungan takbir bersahut-sahut daripada puluhan ribu umat Islam di Pulau Melaka Kelantan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira pukul 9.45 pagi di pekarangan Masjid Tok Guru untuk menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum itu, beliau terpaksa berjalan kaki menempuh kesesakan teruk selepas orang ramai membanjiri kawasan itu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Nik Aziz.

Najib berbaju melayu putih bersampin dan songkok hitam diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhriz Mahathir dan beberapa lagi.

Ini merupakan kali pertama Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Pulau Melaka... kawasan yang merupakan kubu paling kuat PAS di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak percaya Perdana Menteri dan Presiden UMNO sanggup mengetepikan protokol dan soal keselamatan hanya untuk hadir bersama-sama menziarahi jenazah lawan politiknya.

Sejurus Najib memasuki masjid di sebelah rumah Nik Aziz, keluarga beliau mengumumkan solat jenazah akan dimulakan tidak lama lagi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap sebelum solat jenazah berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada umat Islam.

Katanya kepimpinan Allahyarham berbeza sehingga orang bukan Islam turut tertarik dengan gaya kepimpinan beliau.

"Semoga ilmu yang diberikan manfaat kepada semua. Kita berdoa Allah mengampunkan dan menerima amalan sepanjang hayat" katanya dalam nada sebak.

Haji Hadi menjadi imam solat jenazah tersebut.

Selepas solat jenazah, Najib diiringi oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob meninggalkan perkarangan masjid.

Sementara itu, semua akhbar di Malaysia menjadikan berita kematian Nik Aziz sebagai berita utama muka depan.

Manakala di laman sosial Twitter dipenuhi ucapan takziah kepada pemimpin spritual PAS itu.

Bernama melaporkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham atas pemergian Mursyidul Am PAS itu.

"Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mursyidul Am PAS Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah kembali ke Rahmatullah.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin dan muttaqin."

Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin turut menzahirkan ucapan takziah melalui tulisan di laman Twitternya "Takziah kepada @nikabduh sekeluarga. Semoga Allahyarham Tuan Guru telah pergi dlm husnul khatimah & dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah."

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga mengucapkan takziah dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menulis "Saya mengucapkan takziah kpd keluarga YB Tn Guru Dato Nik Aziz di atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang pemimpin yg amat disegani."

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel pula menulis "Ucapan takziah kepada keluarga bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz."

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula menyatakan Nik Abdul Aziz banyak memberi tunjuk ajar dan menasihati beliau.

"Beliau banyak mengajar dan menasihati saya. Al-Fatihah kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz."

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia pada 9.40 malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumahnya pada 10 pagi ini serta akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/02/najib-redah-lautan-manusia-untuk-ziarah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...