Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 6 March 2015

Rusia Today Melaporkan Izzuddin Al Qassam Bangunkan Teknologi Peluru berpandu Terbaru


Akhbar Rusia Today menyebut Brigade Izzuddin Al Qassam sedang mempersiapkan kembali persenjataan mereka untuk menghadapi penjajah Israel, selepas pencerobohan negara Zionis tersebut pada pertengahan tahun 2014 lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Rusia Today dari pemimpin sayap tentera Hamas, Marwan Issa, pada hari Isnin (02/03) kemarin menyatakan, "Setiap usaha untuk menghentikan Izzuddin Al Qassam akan gagal."

Marwan Issa menambah, "Kami tidak sedang mencari konfrontasi dengan pendudukan Zionis Israel, akan tetapi kita bekerja untuk mempersiapkan kekuatan kami dalam menghadapi setiap pencerobohan akan datang."

Pemimpin sayap tentera Hamas ini menjelaskan bahawa Brigade Izzuddin Al Qassam akan terus mengembangkan teknologi roketnya, serta menegaskan bahawa setiap usaha serantau dan antarabangsa untuk sekatan tentera Hamas akan gagal.

Marwan Issa menegaskan bahawa Hamas dan seluruh puak perjuangan Palestin yang lain tidak akan pernah berhenti dan rehat sampai dapat mebebaskan seluruh jengkal tanha Palestin.

Tercatat dalam pencerobohan 51 hari tahun 2014 Brigade Izzuddin Al Qassam berjaya mengalahkan penjajah Israel, dan memaksa negara zionis tersebut menggelar gencatan senjata unilateral pada akhir Ogos 2014.

*Sumber eramuslim.com

http://detikislam.blogspot.com/2015/03/rusia-today-melaporkan-izzuddin-al.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29#

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...