Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 8 April 2015

Hari Ini Dalam Sejarah Islam - 8 April, Kamal Ataturk Meranapkan Mahkamah Syariah Turki


Hari Ini Dalam Sejarah Islam - 8 April, Kamal Ataturk Meranapkan Mahkamah Syariah Turki


Hari ini 8 April 1924 bersamaan 4 Ramadhan 1342, Reformasi Ataturk atau Atatürk's Reforms (Turkish: Atatürk Devrimleri) dilaksanakan yang menyaksikan sistem Mahkamah Syariah dimansuhkan dan Perlembagaan 1921 digantikan dengan Perlembagaan 1924 bagi memberi laluan kepada sistem sekular untuk dikuatkuasakan di Turki.

Selepas menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah, Ataturk yang berbangsa Yahudi segera melancarkan Reformasi Ataturk yang dirancang rapi bagi memastikan sistem Khalifah terhapus dan gagal bangkit semula sehingga hari ini.


Reformasi Ataturk adalah polisi-polisi dalam politik, undang-undang, budaya, sosial dan ekonomi bagi menyokong pembentukan Republik Turki kepada sebuah negara sekular, moden dan maju tanpa agama.

Tunjang kepada reformasi itu ialah menjadikan Turki sebuah negara berpandangan kepada barat samaada dari segi politik dan budaya sekiranya ingin menjadi sebuah negara moden.

Reformasi politik itu mengakibatkan perubahan besar kepada perlembagaan negara khususnya sistem undang-undang Islam dan mengakibatkan perubahan cara hidup Islam yang sebati dalam masyarakat Turki sejak berkurun-kurun tahun lamanya.

Reformasi yang merupakan malapetaka terbesar bagi umat Islam dunia itu dipimpin oleh Mustafa Kamal Ataturk yang memperkenalkan pemikiran Kamalis Ideologi.

Perubahan dari sebuah Khalifah Islam kepada negara sekular itu bermula secara rasmi apabila Perlembagaan 1924 dilaksanakan, lalu sistem perundangan dan kehakiman Eropah diadaptasikan untuk pembentukan negara baru Turki.

Selepas itu, sekular dan modenisasi diterapkan dalam semua agensi kerajaan dan memberi fokus kepada sistem pendidikan negara.

Sehingga ke hari ini genap 91 tahun kejatuhan sistem Khalifah Islam dan umat Islam masih gagal bangkit untuk mengembalikan sistem utama politik, ekonomi dan ketenteraan umat Islam.


Disediakan oleh
Biro Penerangan ISMA Kajang

Web:

https://www.facebook.com/ismakajang/photos/pcb.814188705301139/814188608634482/?type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...