Salah sebuah gereja lama di Taiping |
Selangor merupakan sebuah negeri yang padat dengan jumlah penduduk pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai pegangan agama.
Secara amnya kita tiga atau empat agama sahaja sepertu Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Guru Nanak untuk kaum Sikh.
Agama Islam pula bila kita perhalusi terdapat beberapa mazhab, Melayu majoriti bermazhab Shafie, kaum India Muslim pula bermazhab Hanafi, Orang Melayu berpecah kepada Sunni dan Syiah. Syiah di Selangor dilihat lebih ekstrem dan ganas. Di Selangor juga ada kumpulan Islam yang mengamalkan beberapa tarikat yang difatwakan sebagai sesat dan terkeluar dari ajaran Islam, untuk info penuh boleh rujuk pada Jakim.
Kristian pun sama, ada beberapa pecahannya seperti Khatolik, Protestants, Methodist dan yang ekstrem dan keras pembawaan mereka ialah Evangelist. Pecahan-pecahan Kristian pun banyak dan mereka ini lah yang banyak menggunakan rumah-rumah kedai sebagai tempat mereka mengembang kan ajaran mereka.
Mereka seperti MLM. setiap ahli mempunyai KPI untuk menambah ahli, Kumpulan ini biasanya tidak kekal lama, sama seperti MLM, banyak yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan banyak juga yang tutup dan bungkus seperti juga MLM.
Taman Medan mempunyai sejarah tersendiri, Sebelum ini pernah tercetus satu perbalahan kaum namun ia berjaya ditamatkan dengan tindakan tegas pihak polis. Walau pun sudah lama berlalu namun rasa tak puas hati tetap ada di kalangan mereka.
Kini menjadi panas selepas beberapa penduduk membantah dan memaksa pihak gereja menurunkan salib, berita cepat disambut oleh orang-orang politik, masing-masing dengan pendapat tersendiri. Ramai yang mencemuh tindakan segelintir penduduk yang membantah pemasangan salib itu.
Sampaikan orang Sabah dan Sarawak pun mula memberi pandangan mereka di laman sosial terutama facebook.
Rata-rata yang memberi komen negatif mahu pun positif tidak berada di taman tersebut. Kita tidak tahu situasi sebenarnya.
Hari ini abang kepada Ketua Polis Negara disoal siasat oleh pihak polis untuk mengetahui situasi sebenarnya. selepas ini mungkin pihak gereja pula akan dipanggil untuk diambil keterangan dan beberapa saksi lain juga akan dipanggil
Tindakan polis amat lah betul, kita tak boleh membuat sebarang andaian dan sebagai tuduhan mengkritik penduduk mahu pun pihak geraja, kerana kita tak tahu cerita yang sebenarnya.
Jika kita rujuk pula portal-portal pro pembangkang ada yang mengaitkan pula isu kepala lembu yang dibawa oleh sekumpulan penduduk di hadapan SUK Selangor beberapa tahun lalu. Nampak jelas portal tersebut seolah cuba menghangatkan suasana atau cuba menyiram minyak ke dalam api yang sedang terbakar. Harap pihak polis dapat siasat penulisan portal tersebut, adakah ia berunsur hasutan.
Tadi dilihat juga beberapa akaun facebook sudah mula mencaci dan memburuk-burukkan abang Ketua Polis Negara yang dikatakan orang penting dalam demo menurunkan salib tersebut.
Ramai ahli politik Dap, Mic, Gerakan, Mca memberi pandangan yang keterlaluan dan melucukan, tak kurang juga artis yang cuba mencari populariti sampai meminta maaf kepada penganut Kristian dengan kejadian tersebut.
PBT pula awal-awal menyatakan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan dan beroperasi secara haram. Exco pula kata tak perlu permit untuk sebuah rumah ibadat. Begitu pula?
Masih ingat beberapa tahun lalu sebuah rumah teres di Selangor yang membina kuil dalam kawasan rumah tetapi telah dirobohkan oleh PBT kerana dikatakan dibuat secara haram?
Dari cerita di Selangor saya nak bawa cerita ke Taiping pula.
Di Taiping sebuah bandar lama dan tertua di Malaysia terdapat beberapa buah gereja yang usianya melebihi 100 tahun. Semuanya tersergam indah menghiasi landskap bandar Taiping yang menjadi tempat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.
Namun terdapat juga beberapa gereja-gereja kecil yang pelbagai nama menyewa bangunan kedai terutama di bandar Taiping dan pinggir bandar seperti Kamunting namun ia tidak langsung mengganggu penduduk taman-taman perumahan.
Andai kata tiba-tiba muncul sebuah gereja atau rumah ibadat lain-lain ajaran di taman perumahan yang majoriti nya orang Melayu, apakah kemungkinan yang akan berlaku. Begitu juga lah jika perkampungan orang India, tiba-tiba muncul sebuah surau Syiah di tengah-tengah penduduk India dan buat bising siang malam dan sesak dengan kenderaan pengikut mereka. Sudah tentu akan menimbulkan kemarahan.
Ini belum buka cerita rumah-rumah ibadat lain yang muncul secara kecil-kecil dan menjadi besar setelah mendapat campur tangan ahli politik.
Oleh sebab itu , masalah rumah ibadat tak kiralah surau atau Markas sekali pun tidak boleh didirikan sesuka hati.
Di Malaysia ini kita banyak bertolak ansur, jika di negara lain seperti China, India dan lain-lain negara cuba buat atau bina sesuka hati. Tak payah pergi jauh lah....cuba ke Singapore.......cuba try test...
http://blog2-barisan.blogspot.com/2015/04/taipingmali-tm_23.html
No comments:
Post a Comment