Masjid Sancaklar di Istanbul ini cetus keunikkan tersendiri
| MASJID moden yang terletak di Buyukcekmece berhampiran pinggir
Istanbul ini sememangnya mempunyai rekaan yang unik dan berbeza kerana
ia menampilkan gabungan batu dan konkrit serta ruang solat seperti
berada di dalam sebuah gua. Idea kreatif tersebut dicetuskan oleh firma
arkitek tempatan, Emre Arolat dan keunikannya telah melayakkan Masjid
Sancaklar tersebut disenarai pendekkan untuk anugerah Design of the Year
2015.
Struktur yang kelihatan seperti arca ini dibina pada kawasan seluas
700 meter persegi itu juga hanya berbumbungkan batu. Pada musim sejuk,
ruang solat dipanaskan oleh haba terpendam dari bumi. Menurut jurucakap
firma tersebut, pembinaan Masjid Sancaklar bertujuan untuk
mengetengahkan seni bina baharu yang menggabungkan ciri topografi dan
alam semula jadi sepenuhnya. -AP
http://www.lulu-pages.com/2015/05/masjid-sancaklar-di-istanbul-ini-cetus-keunikkan-tersendiri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment