Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 11 May 2015

Motosikal Bakal Diharamkan Guna Lebuhraya MEX & AKLEH

Penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Amapang-Kuala Lumpur Elevated (AKLEH) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya atau Maju Expressway (MEX) akan berakhir tidak lama lagi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan kini sedang dalam proses peringkat akhir bagi mengkaji permohonan pemilik konsesi kedua lebuhraya berkenaan yang mahu menguatkuasakan semula perintah larangan bagi menyekat penunggang motosikal menggunakan kedua-dua lebuhraya itu atas sebab keselamatan.
“Mereka (syarikat konsesi) merayu kepada kami untuk menarik balik kebenaran untuk penunggang motosikal menggunakan dua lebuh raya itu. Pada masa ini, motosikal menjadi salah satu punca kemalangan yang utama di kedua-dua lebuhraya berkenaan,” katanya.
Pada Jun 2008, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah memberikan kelulusan sementara untuk penunggang motosikal menggunakan lebuhraya AKLEH dan MEX secara percuma bagi meringankan beban rakyat memandangkan harga petrol pada ketika itu RM2.70 seliter.
Fadillah berkata, keputusan itu bukan mudah itu dibuat tetapi kerajaan juga menitik beratkan tahap keselamatan untuk penunggang motosikal.
“Saya sedang mencari jalan penyelesaian sebelum membuat keputusan muktamad. Sebaik saja mereka diberikan kebenaran menggunakan lebuhraya dan kemudian ditarik balik, penunggang motosikal pasti akan membantah keputusan ini. Ini kerana hanya itulah jalan yang paling cepat untuk mereka sampai ke destinasi.
“Saya masih mengumpul semua laporan kemalangan yang melibatkan motosikal atau disebabkan oleh penunggang motosikal. Jika saya mempunyai bukti atau keterangan yang mencukupi, kita boleh pertimbangkan,” katanya sambil menambah AKLEH dan MEX tidak direka untuk kegunaan motosikal.
Kedua-dua lebuhraya itu sebelum ini telah diwartakan dengan sekatan ke atas motosikal di bawah Subseksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum pengecualian yang diberikan.
Semenjak motosikal dibenarkan untuk menggunakan kedua-dua lebuhraya tujuh tahun lalu, sebanyak 382 kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang dengan 15 kematian yang direkodkan pada MEX.
Dianggarkan 4,000 motosikal dan 32,000 kenderaan lain berulang alik di laluan 26 kilometer pada waktu puncak setiap hari.
7.9 kilometer AKLEH mula beroperasi pada bulan Mei 2001 dan telah mencatatkan kira-kira setengah juta penunggang motosikal menggunakannya setiap bulan dengan purata sebanyak empat kemalangan motosikal dalam sebulan dengan tiga kematian melibatkan penunggang.
Difahamkan, semenjak tahun 2008, ramai pengguna yang membayar tol mengadu kepada pengendali AKLEH tentang ruang yang terhad dan tidak selamat kerana kehadiran motosikal yang terlalu banyak terutamanya pada waktu puncak serta adanya penunggang motosikal yang berlumba secara haram pada waktu malam hujung minggu.
AKLEH dan MEX dikendalikan oleh Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) dan Maju Expressway Sdn Bhd (MESB).
Jurucakap Prolintas dan MESB mengesahkan, permohonan itu telah dihantar ke Lembaga Lebuhraya Malaysia sejak enam tahun lalu untuk membatalkan kelulusan penunggang motosikal untuk menggunakan kedua-dua lebuhraya itu.
http://wowberita.org/motosikal-bakal-diharamkan-guna-lebuhraya-mex-akleh

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...