Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 22 May 2015

SUDAH 500 TAHUN, MELAYU TETAP SAMA

1. Melayu tetap Melayu. 500 tahun berlalu. Terjajahnya Melaka bukan disebabkan kuatnya penjajah semata-mata, tetapi ia disebabkan oleh rapuhnya benteng pertahanan orang-orang Melayu.
 
2. Melaka gah disebabkan oleh perjuangan Melayu. Melaka jatuh pun disebabkan oleh Melayu.
 
3. Hilangnya Laksamana Hebat Hang Tuah jua disebabkan oleh Melayu sendiri.
 
4. Terbunuhnya Panglima Hebat Melaka, Hang Jebat juga disebabkan Melayu.
 
5. Tidak bersultannya Melaka sehingga kini disebabkan barua Melayu.
 
6. Termetrainya perjanjian 1909 di antara Siam - British pisahkan Tanah Melayu tanpa pengetahuan Pemerintah Tanah Melayu juga kerana kelalaian dan kealpaan Melayu.
 
7. Bersatunya persatuan Melayu, tubuhkan parti Melayu untuk kemerdekaan disebabkan oleh satunya Melayu, pecahnya serpihan parti Melayu untuk tubuhkan parti Pas juga disebabkan oleh Melayu.
 
8. Tanah Melayu hilang sebuah Negerinya (Singapura) disebabkan oleh perpecahan orang-orang Melayu.
 
9. Pecahnya UMNO lagi , muncullah Kelompok Semangat 46.
 
10. Pecah Lagi UMNO , muncullah Parti Keadilan Rakyat.
 
11. Zaman berganti zaman, pemerintah berganti pemerintah, generasi berganti generasi, sikap pecah Melayu masih ada lagi. Kini perseteruan antara mantan Presiden dan Presiden , masih samar penghujungnya tetapi jelas pengakhirannya, Melayu sentiasa dalam kerugian.
 

PERSOALAN, MAHUKAH KITA KEMBALI KE ERA 500 TAHUN YANG LALU?

 
MYHOMESOIL
20 MEI 2015
10:45 PAGI

http://myhomesoil.blogspot.com/2015/05/sudah-500-tahun-melayu-tetap-sama.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...