Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 23 June 2015

Antara Halal dan Haram...

Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur umpama air dan minyak !

Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz zawawi....
Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak !
Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, 

Ustaz Zawawi jadi ahli panel...termasuk Fauziah Nawi dan Nazrey Raihan...


Tajuknya : Hiburan...Jalan ke....? 
seperti biasa, dihoskan oleh Rosyam Nor memang bagus diskusi tu..

Ustaz Zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kepada sesorang jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan...

Contohnya, si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dengan syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan..

Soalan Rosyam Nor kepada Fauziah Nawawi nyata menjerat mereka berdua...
Rosyam Tanye, bagaimana pulak kalau Rosyam jadi anak, Fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. 
Fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sebagai seorang ibu dan anak...
beliau hanya melakonkan sahaja tapi niat beliau baik...nak tunjukkan kepada umum tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya...

Then, Ustaz Zawawi balas balik...
niat tidak menghalalkan cara...walau sebaik mane niat kita itu, 
tapi caranya bertentangan dengan syariah, maka akan jadi haram ler...
walaupun sekadar lakonan..
tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... 
maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.

Banyak cara lagi yang boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu dan anak... 
di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yang berjaya dan merangkul anugerah.

Kedua, Ustaz Zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat...
jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...

Ketiga, rezeki yang diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram...
maka melentinglah sekejap si Fauziah Nawi tu...dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dan sebagainya...

Ustaz Zawawi balas, yang dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan ke arah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yang ade sentuhan laki dan perempuan yang bukan muhram, buka aurat dan sebagainya...maka akan jadi haram ler...

Kemudian, Fauziah Nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah...
sebab dah jadi haram..macam mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun dia hanya menggunakan bakat yang dikurniakan oleh Allah untuk berlakon...bukan semua orang ade bakat untuk berlakon...

Maka jawab Ustaz Zawawi...
beliau masih boleh berlakon...
seperti mane Ustaz Zawawi sebut sebelum ni, 
ade hiburan yang halal..maka carilah hiburan yang halal tu...

Sebut Ustaz Zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda di kalangan semua penggiat seni...
baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dan sebagainya...
mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal dan diberkati oleh-Nya...
memang ade caranya...kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan daripada forum tersebut...
apa-apa hal pun, aku ucapkan tahniah buat Ustaz Zawawi dan Nazrey Raihan kerana mempertahankan haram tetap haram...halal tetap halal... 

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? 

Sudah terang lagi bersuluh...carilah hiburan yang halal...
tinggallah hiburan yang haram...kerana rezeki yang diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya...

Bukan ke Malaysia sekarang ni diisytihar Negara Islam Hadhari? 
jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis Islam Hadhari..
bukannya had-hari...hanya Islam masa bulan puase shj...
bulan yang lain..???? 
Mencari yang halal itu fardhu...... 
jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas...

Allah berfirman.. "berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan".. ...

PS : Info tambahan dari kawan aku yang tengok program tu, Ustad Zawawi ada kata 

"Waktu saya belajar kat Mesir dulu, tuan guru saya ada sebut..duit orang yang berlakon tu, TAK SAH dia buat untuk mengerjakan Haji .. "

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...