24 Jun 2015 - 24 Jun 2015 - Penduduk Israel hari ini sekali lagi menganggu d ikawasan masjid Al- Aqsa dari Pintu Gerbang Mughrabi. Langkah-langkah keselamatan diamabil dan diperketatkan lagi kawalan terhadap kawasan masjid Al-Aqsa.
Walaupun jumlah serangan daripada penduduk Israel ke dalam Al-Aqsa pada mingggu lepas berlaku, mereka memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu gerbang Mughrabi.
Polis Israel mengumumkan minggu lepas untuk menggunakan ribuan polisnya untuk menjaga kawasan berkenaan untuk menjamin keselamatan rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat dan juga taraweh. Penduduk Israel mengangu semasa mereka menunaikan solat .
IOF menahan enam wanita (Samah al-Ghazali, Najda Abu Senena, Fatena Hussain, Amani a-Tawel,
Sana a-Rajbi dan seorang wanita keenam) kerana mereka meninggalkan pintu-pintu masjid, kerana bantahan terhadap serangan penduduk Israel. Mereka telah dibawa untuk soal siasat dan ditahan berjam-jam lamanya. Mereka ditempatkan di pusat 'al-Qashla' di Hebron Gate di Yerusalem Old City.
Mereka telah diarahkan untuk menjauhkan diri dari Masjid Al-Aqsa selama dua minggu dan dikenankan denda sebanyak 500 syikal.
Pada hari Isnin, Israel membatalkan 500 permit rakyat Palestin untuk ke luar negara sebagai tindak balas kepada dua serangan ke atas penduduk Israel dan seorang juga kecederaan pegawai polis pada minggu lepas.
https://www.amanpalestin.net/baca.php?lihat=terkiniPalestin&id=2850&popup=depan
No comments:
Post a Comment