BEIJING: Inflasi China meningkat kepada 1.4 peratus dari setahun yang lepas, dan naik sedikit dari 1.2 peratus yang dicatatkan pada Mei, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengikut bulan ke bulan, biro itu berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) kekal tidak berubah pada Jun berbanding penurunan 0.2 peratus yang dicatatkan pada Mei.
Dari Januari hingga Jun, IHP China meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Peningkatan itu terutamanya disebabkan kenaikan harga makanan, yang meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun pada Jun, menurut Pakar Ekonomi Kanan NBS, Yu Qiumei, dalam kenyataan itu.
Dalam data berasingan, NBS berkata Indeks Harga Pengeluar, yang mengukur inflasi di peringkat pemborongan, berada pada 4.8 peratus pada Jun, susut daripada 4.6 peratus pada Mei, mencatatkan penurunan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut.
China menurunkan sasaran inflasi pada 2015 kepada kira-kira tiga peratus berbanding 3.5 peratus tahun lepas.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/07/inflasi-negara-china-meningkatingatkan.html
No comments:
Post a Comment