Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 12 July 2015

Kecoh di Low Yat...macam pernah dengar kisah ini di Singapura




Kekecohan besar seperti ini belum pernah terjadi di Low Yat Plaza di Bukit Bintang yang selama ini terkenal sebagai pusat beli belah IT paling top di Kuala Lumpur.
Suasana di situ gempar awal malam Sabtu bila sekumpulan pemuda Melayu ‘mengamuk’ dan menyerang sebuah kedai telefon bimbit gara-gara marah rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri.

Sebaliknya dari apa yang tersebar di laman sosial kejadian pada jam 7.50 malam itu bermula kerana rasa tidak puashati salah seorang pemuda itu yang mendakwa telefon bimbit yang dibelinya di situ didapati tidak original.

Dia dikatakan datang untuk tukar telefon bimbit yang didakwanya clone itu sebaliknya tauke situ menjerit dan halaunya.

Ini yang dikatakan buatnya naik berang dan merampas telefon original dan tinggalkan yang clone.



Tauke itu dengan bantuan pengawal keselamatan plaza itu telah menangkap pemuda itu dan membawanya ke balai polis mendakwanya mencuri.

Selepas itu pemuda itu datang balik bawa rakan-rakannya ‘serang’ kedai berkenaan.

Pertengkaran dan pergaduhan berlaku hingga mengamatkan suasana sekitar plaza itu.

Kerugian dianggarkan RM70,000 ekoran kekecohan itu.

Beberapa orang saksi kejadian berkata tidak lojik kumpulan pemuda Melayu itu naik marah tidak bersebab.

Juga kurang lojik dituduh mencuri kemudiannya datang ‘serang’ balik kedai itu.

Kisah pembeli telefon terkena yang clone atau tertipu semasa beli gajet dan sebagainya bukan sesuatu ‘berita baru’.

Ada yang tersebar jadi pengetahuan ramai seperti insiden di Low Yat …banyak yang terpendam begitu saja kerana pembeli malas nak bising.

Setiap pengguna ada hak.Begitu juga halnya tentang pemuda Melayu yang datang ke kedai dimana dia beli telefon bimbit itu di Low Yat.

Jika betul tauke kedai itu marah-marah dan halaunya memanglah sengaja cari pasal.Sudahlah menipu nak tunjuk garang pula.

Insiden seperti ini sebenarnya bukan terpencil.Ia pernah berlaku beberapa kali di seberang tambak Johor.

Mereka yang kaki beli barang-barang IT dan gajet di Singapura tentu kenal Sim Lim Square yang terletak di kawasan Rochor.

Ia memang popular di kalangan pelancong dan mereka yang first time ke republik itu.

Namanya sama hebat Low Yat.Seluruh komplek jual barang IT dan sewaktu dengannya.

Namun kalau sembang dengan orang Singapura pasti ada yang kata kalau boleh pergi jalan-jalan tengok di tempat-tempat lain.

Tidak lama dulu riuh kisah seorang pelancong Vietnam terpaksa melutut untuk meminta wang nya dipulangkan semula setelah membayar S$950 untuk iPhone 6.Ini berlaku setelah dia diminta tambah S$1,500 untuk bayaran warranty.

Juga Kementerian Luar China pernah letak notis meminta pelancong China yang merancang hendak membeli barang elektronik di Singapura berhati-hati. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/07/kecoh-di-low-yatmacam-pernah-dengar.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...