Kisah Sebelum PRU14
Kita amat bersimpati dengan keluhan saudara Lim ini. Beliau dikatakan terjerat ketika lalu di situ dan dibelasah macam haiwan. Beliau juga menafikan ada mengeluarkan kata-kata provokasi seperti didakwa.
Kita amat bersimpati dengan keluhan saudara Lim ini. Beliau dikatakan terjerat ketika lalu di situ dan dibelasah macam haiwan. Beliau juga menafikan ada mengeluarkan kata-kata provokasi seperti didakwa.
Samada beliau memang benar-benar terjerat sewaktu lalu di situ, atau memang beliau sedang dalam perjalanan untuk menyertai rakan-rakan Cina di Low Yat itu hanya dia yang tahu.
Apapun kereta wira beliau hancur. Insuran pula tidak mahu gantirugi kerosakan akibat rusuhan. Rakannya parah dipukul. Yang paling terkesan ialah apabila beliau kata “tidak guna berdendam” sebab rakan beliau juga ramai yang Melayu.
Bagi kami semua pihak ada salahnya. Dapat kita lihat pemuda Cina yang memukul pemuda Melayu itu dengan kayu. Teks dari Alex Lai ini jelas menampakkan apa yang menjadi punca rusuhan. Pemuda Melayu itu telah dibelasah dan dibuli. Padahal jika benarpun ia mencuri, negara ini ada undang-undang.
Wajarlah jika berlaku sedikit pergelutan ketika usaha menangkap pencuri. Tetapi jika sampai guna kayu dan pijak memijak, tentu ia telah melampau batas.
Sementara itu kenyataan ketua Polis Negara yang dikatakan tergesa-gesa mengesahkan kes jenayah mencuri itu telah dijadikan isu hangat. Tambahan pula turut dinyatakan pemuda itu disahkan positif dadah.
Jika kita letak diri pada pihak polis, mungkin boleh difahami bahawa kenyataan ‘segera’ itu adalah bertujuan untuk meredakan kemaraan perusuh yang telah dibakar dengan pelbagai mesej dari media sosial. Tentunya gelagat yang terakam di CCTV, lapuran polis, ujian dadah semuanya telah diambil kira. Ada betulnya pendapat yang mengatakan mungkin ada tujuan tertentu pemuda itu memakai cermin mata gelap dalam kompleks membeli belah.
Oleh itu, kutukan terhadap Ketua Polis Negara juga mungkin telah dipengaruhi nafsu amarah yang sudah terpendam sekian lama dari pautan isu-isu politik negara.
KESIMPULAN
Jika benar Lim dan 3 rakannya itu tidak terlibat namun telah menerima akibat sedemikian, maka kita amat bersimpati. Tentunya beliau bukan orang kaya jika hanya pakai Wira dan wang RM700 di poket yang telah hilang semasa dibelasah.
Tindakan membabi buta beginilah yang paling kita takut. Jika dendam ini berterusan ia boleh memangsakan sesiapa sahaja. Nanti adalah kereta, rumah yang dibakar secara rambang. Nanti ada anak sekolah, orang tua, wanita lemah yang diserang di jalan, dirogol dan dibunuh secara rambang. Semuanya hanya kerana dendam.
Oleh itu kepada semua pihak kita seru agar bertenang dan mengakui khilaf masing-masing. Kita ambil pelajaran dari pendirian Lim. Demikian juga peringatan pada kaum Cina, khususnya yang terlibat secara langsung. Kalian telah memulakan buli di shoping kompleks itu dan beberapa mangsa selepasnya.
Kekalkan ketenangan ini. Jangan lagi memulakan percikan rusuhan. Ingatlah keadaan amat genting sekarang. Satu sahaja serangan membabi buta kalian lakukan, tidak mustahil rusuhan lebih besar akan berlaku. Maka lebih besarlah kemusnahan jiwa dan harta benda.
Terima kasih tidak terhingga kepada anggota PDRM yang berjaya mententeramkan keadaan. Biarpun ramai yang mengutuk, namun kalian masih meneruskan usaha sedaya upaya.
Nyanyian lagu SELAMAT HARI RAYA oleh sekumpulan remaja Cina dalam komuter mungkin sengaja diviralkan. Namun tidak mustahil ia benar-benar satu usaha untuk menggambarkan pengharapan untuk satu kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Kami banyak menyaksikan masih terlalu ramai bangsa Tionghua yang baik hati dan waras. Mereka amat prihatin dan banyak lakukan kerja kemanusiaan.
Sewaktu kami berangkat ke Kelantan membantu mangsa banjir contohnya, sebahagian mereka datang menghulurkan derma dan sumbangan peralatan yang kami perlukan di sana. Sepanjang ramadhan ini juga ramai keluarga Cina yang menjamu anak-anak berbuka puasa. Alangkah terasa berdosanya jika mereka ini turut di ‘tebas’ semasa rusuhan, hanya kerana mereka adalah bangsa Cina.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
Warga Prihatin
No comments:
Post a Comment