Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 19 August 2015

Da’i Pendakwah Milenia

Arkib : 20 Ogos 2015. Da’i Pendakwah Milenia: Haram tetap haram, kata Ustaz Kazim Elias
BANGI,– Mursyid program realiti dakwah, Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga terbitan TV3, Datuk Mohammad Kazim Elias berkata, beliau tidak terbabit dalam aktiviti jati diri sebaliknya kegiatan tersebut adalah di bawah seliaan pihak pengurusan program.
Katanya, sebagai mursyid da’i, beliau hanya terbabit mengajar dan memberi kursus pedagogi pendidikan kepada peserta, sedangkan setiap aktiviti mahupun program mempunyai urusetia tersendiri.
“Saya juga tidak bersetuju jika berlaku sebarang pelanggaran hukum di dalam program tersebut dan sesuatu yang haram tetap haram, tiada kompromi dalam bab itu,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ismaweb.net, petang ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dan ketua mentor program itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan dan komen orang ramai berhubung salah satu aktiviti dalam program berkenaan yang dianggap melanggar batas-batas Islam dan budaya Melayu.
Semalam, ismaweb.net menerima beberapa e-mel dan maklumat daripada orang ramai yang terkejut selepas mereka menonton episod pertama program realiti dakwah itu yang disiarkan TV3, Ahad lalu.
dakwah-milinia-5
Gambar dirakam melalui rancangan yang disiarkan TV3 Ahad lalu menunjukkan peserta Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga melakukan aktiviti bersama.
Ada aktiviti dalam rancangan yang mencari pendakwah muda itu dikatakan sudah terkeluar bukan saja daripada batas susila budaya, malah daripada batas-batas Islam, sedangkan pesertanya adalah individu yang bakal bergelar ‘pendakwah Islam’.
Antara yang bertentangan dengan tata susila dan suruhan agama yang disiarkan semalam ialah:
1. Batas-batas pergaulan tidak dijaga;
2. ‘Wargame’ bercampur antara peserta lelaki dan wanita;
3. ‘Pumping’ lelaki dan wanita dilakukan sebelah menyebelah;
4. Para daieyah kurang menjaga adab, menjerit-jerit ketika ‘wargame,;
5. Latihan kawat dilakukan sebelah menyebelah tanpa jarak;
6. Daieyah membuat sesi meluah perasaan mengenai cinta yang tidak kesampaian; dan
7. Kaki da’i dan daieyah diikat bersama ketika program ‘explorace’ atas alasan denda.
Program yang masuk musim ketiga itu mengumpulkan 10 orang peserta merangkumi lima lelaki dan lima wanita yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Ar-Rijaal (lelaki) dan An-Nisaa’ (wanita). Kedua-dua kumpulan itu diketuai dua orang murabbi iaitu Ustaz Elyas Ismail dan Dr Rubiah K Hamzah.
Mengulas lanjut, Ustaz Kazim bagaimanapun berkata, ketika rancangan itu disiarkan Ahad lalu beliau tidak menontonnya kerana berada di Pulau Pinang.
“Untuk berlaku adil, saya telah bertanya sendiri kepada mereka apa yang berlaku dan mereka menjelaskan tiada percampuran lelaki dan perempuan di situ.
“Tali yang diikat adalah panjang dan tidak berlaku sebarang sentuhan. Begitu juga bab push up (tekan tubi) adalah jauh kedudukan antara peserta lelaki dan perempuan,” katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar (seperti di bawah) yang ismaweb terima ketika peserta melakukan tekan tubi sememangnya berlaku percampuran antara peserta lelaki dan wanita dan aktiviti itu pula dilakukan pada waktu malam atau awal pagi. Jurulatih pula berdiri di hadapan peserta wanita yang sedang melakukan tekan tubi itu.

milenia

Aktiviti tekan tubi yang dilakukan peserta Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga dalam suasana gelap dikatakan tidak bercampur lelaki dan perempuan.
“Tetapi kerana kedudukan kamera mengambil posisi tepi peserta, maka nampaklah seolah-olah duduk berdekatan. Saya mencadangkan kepada pihak anda agar menemubual sendiri peserta da’i supaya lebih tepat (cerita) keadaan sebenar,” kata Ustaz Kazim sebagaimana yang dimaklumkan kepadanya.
Beliau mengingatkan bahawa pihak urusetia mempunyai pegawai mereka sendiri yang memantau setiap aktiviti.
“Harus diingatkan (bahawa) peserta da’i juga mengetahui batasan hukum agama kerana masing-masing mempunyai asas pendidikan agama.
“Mereka berkata kepada saya, tak kan mereka tak tahu halal haram dan mereka juga berharap pihak tertentu datang bertanya apa sebenarnya bentuk kem jati diri tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...