Kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda cara bagaimana untuk menulis surat rasmi berhenti kerja yang mudah dan terbaik. Contoh surat rasmi berhenti kerja/contoh notis rasmi berhenti kerja Bahasa Melayu dikongsi dalam artikel kali ini.
Ramai yang ingin berhenti kerja tetapi tidak tahu cara untuk menulis surat berhenti kerja dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Ada juga yang tidak pernah ingin tahu cara untuk menulis surat rasmi berhenti kerja. Pada masa memerlukan untuk menulis surat “resign” barulah meminta tolong dari kawan-kawan.
Sebenarnya untuk menulis surat perletakan jawatan atau berhenti kerja ini adalah sungguh mudah dan cepat. Hanya mengikuti beberapa format penulisan surat anda mampu menulis sendiri surat rasmi berhenti kerja.
Surat rasmi berhenti kerja di bawah ini adalah surat berhenti kerja atas alasan ingin menyambung pelajaran. Berikut adalah contoh cara untuk membuat surat rasmi berhenti kerja yang mudah. Anda boleh lihat pada halaman di bawah. Anda boleh “COPY PASTE” contoh ini dan ubah sedikit ayat yang bersesuaian dengan surat yang anda ingin tulis.
AHMAD MUSLIM,
LOT 1989 LORONG ALOR LIAT, TAMAN PANJI ALAM,
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL EHSAN
___________________________________________________________________________________
PIZZA HUT SDN BHD,
GIANT SEKYEN 13,
4000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN 15 Januari 2014
Perkara: Notis Berhenti Kerja
Merujuk kepada perkara di atas, saya AHMAD MUSLIM ingin memaklumkan kepada Tuan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab tertentu mulai 30 Januari 2014.
2. Untuk makluman Tuan, tujuan saya ingin berhenti kerja adalah kerana sudah mendapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah IPTA.
3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini. Sekian, terima kasih
Yang benar
……………………………………………
(AHMAD MUSLIM)
I/C NO: 891015-13-9423
No comments:
Post a Comment