Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 19 August 2015

PENYUMBANG DANA POLITIK KEPADA DAP DIDEDAHKAN !


Sebelum ini, ketua DAP mendakwa bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya.


"DAP tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak lima dekad perjuangan politik kami untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Anda baca pendedahan yang memalukan DAP ini :

KENYATAAN Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya dalam portal Malaysia Kini hari ini memang meragukan. Hal ini kerana terdapat percanggahan maklumat dengan kenyataan bekas orang kanan DAP, Mohamed Razali Bin Abd Rahman yang mendakwa DAP sememangnya menerima dana dari negara luar sejak dari tahun 2008 lagi. 
"DAP terlalu berahsia tentang dana politik yang diperoleh mereka sedangkan banyak dana politik mereka datang dari negara-negara eropah, seperti Belanda, Sweden, United Kingdom selain Australia, Amerika Syarikat, seingat saya dalam 7-8 negara” Ujar Mohamed Razali.  
Mohamed Razali berkata DAP tidak menggunakan akaun parti sendiri tetapi menggunakan proksi untuk menyalurkan dana politik tersebut supaya tidak dapat dikesan Bank Negara dengan mudah.

“Mereka menyalurkan wang tersebut secara sedikit demi sedikit agar sukar dikesan dan proksi tersebut tahu bila masa yang sesuai dan selamat untuk memasukkan wang tersebut.” 
Dengan menggunakan proksi, memang sukar untuk mengesan sebarang perkaitan antara mereka. Patutlah Kit Siang begitu berani berkata jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing. 
Mohamed Razali berkata beliau sendiri terkejut melihat orang asing yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba muncul di ibu pejabat DAP pada 2008. 
"Tiba-tiba selepas 2008 DAP menjadi sebuah parti yang mempunyai kewangan yang terlalu kukuh, contohnya DAP hanya memerlukan dua tahun bagi membina bangunan ibu-pejabat negeri di Pulau Pinang, sedangkan Gerakan dulu ambil masa 12 tahun untuk bina ibu pejabat mereka .” katanya dalam satu temubual. 
Ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan jumlah dana asing yang diterima oleh Umno dan BN semasa kempen pilihan raya umum lepas namun dana DAP sendiri dari luar negara dinafikan bermati-matian. Dimana keikhlasan DAP? seterusnya


Apakah DAP akan menafikannya?

DAP tidak mungkin akan mengaku dan mereka akan menafikannya sampai bila-bila. Sebaliknya, mereka akan cipta berita lain atau menunding jari kepada parti lawan supaya isu mereka tidak diperkatakan oleh rakyat. 

Sebagai contoh, DAP tampak goyah dan masih berdolak-dalih apabila terdapat usaha untuk mewujudkan dasar agar parti-parti politik mendedahkan dana politik dan penyumbangnya.


Seperkara lagi, Menteri Luar DS Anifah Aman hari ini menafikan menerima sebahagian daripada dana yang diterima oleh DS Najib Abdul Razak.
"Pada 18 Ogos 2015, (Gelang Patah MP) Lim Kit Siang mempersoalkan jika saya telah menerima wang dari akaun peribadi perdana menteri berhubung dengan laporan mengenai 1MDB. Saya tidak menerima apa-apa dana dari akaun peribadi perdana menteri," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Anifah juga memberi amaran kepada tokoh parlimen DAP itu supaya menghentikan tuduhan terhadap beliau tanpa bukti kukuh.

"Saya menggesa Lim untuk menghentikan sebarang tuduhan salah laku terhadap pihak saya tanpa bukti.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya jika Lim terus menuduh saya tanpa sebarang bukti," kata Anifah.

Inilah modus operandi DAP yang akan membesar-besarkan isu yang tidak benar dan dibantu oleh portal-portal pro-pembangkang yang kuat memputarbelitkan berita dan juga menabur fitnah.

Mujurlah sudah ramai rakyat yang mulai sedar dengan propaganda jahat yang kerap dimainkan oleh portal-portal pro-pembangkang ini untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. MiM juga pernah menyarankan agar portal-portal pro-pembangkang ini tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang akhbar parti BN dan kerajaan BN. Dan jika mereka mahu, portal-portal ini boleh merujuk BERNAMA untuk mendapatkan laporan berita yang sah dan boleh dipercayai.


http://novandri.blogspot.com/2015/08/penyumbang-dana-politik-kepada-dap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FJcvMw+%28Dr+MiM%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...