Amat jelas sekali isu yang di mainkan oleh pihak tertentu bukan ada kebenaran tetapi bertujuan mahu memburuk kan pemerintah dan peneraju pemerintahan Ds Najib Tun Razak.
Mereka akan cuba kaitkan Ds Najib dengan segala benda dan perkara.
Malah mereka “stood so low” untuk fitnah sehingga ketika binatang Panda dari China mula mahu di bawa ke Malaysia pun mereka fitnah juga
Bukan ada salah pun tetapi dalam ketagihan mahu mengenakan PM dari UMNO mereka sanggup seret dan babitkan apa sahaja dengan Presiden UMNO
Kini telah muncul bukti dan “lead” baru berkenaan terjumpa nya bangkai dan serpihan pesawat itu di sebuah pulau ia itu Pulau Reunion
Rata rata rakyat agak sedikit senyap dan seolah olah tidak ghairah dengan penemuan itu
Ia semacam memberi kebaikan dan kredit kepada pemerintah apa bila ia di jumpai dan ini lah yang tidak di kehendaki oleh pihak tertentu.
Walau pun sehingga kini sudah sahih pertemuan flaperon yang di sahkan dari Boeing 777 yang sama model MH370 , namun Menteri berkaitan ia itu Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu ia di sah kan dengan secara rasmi oleh beberapa badan penyiasat terutama nya dari Boeing dan penyiasat dari DCA sebelum di umum kan
Jika kita tinjau di beberapa status FB terlalu jelas ramai membuat sindiran dan memperli.
Mereka hanya tidak berani tuduh pihak kerajaan mengupah orang jauh sana di Pulau Reunion dan agensi Perancis di sogok oleh kerajaan Malaysia
Mungkin mereka enggan terima hakikat , pendirian dan andaian mereka sudah nyata tersalah kerana terlalu banyak membaca fitnah dan dakwaan palsu dalam siber lalu kenyataan berlawanan dengan apa yang mereka percaya membuatkan mereka tidak selesa untuk menerima nya.
Kata kata berkenaan konon nya pesawat hilang ada kaitan dengan perjanjian ekonomi TPPA juga dapat hapus kan jika ia terjumpa lalu keseronokan membenci kerajaan akan pudar dari jiwa jiwa pembenci kerajaan dan Ds Najib
Kini hanya menunggu pengesahan dari pihak rasmi, walaupun rakyat Malaysia gemar kepada yang tidak rasmi dan kenyataan orang yang tidak berkredibiliti, tetapi apa pun kesabaran harus di amal kan
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/inilah-kerja-geng-prmh370-ketika-hilang.html
No comments:
Post a Comment