Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 25 August 2015

Orang Melayu Penang Perlu Sedar Lah!!!! PAP bimbang kampung Melayu di Pulau Pinang bakal lenyap


SHAH ALAM: Parti Tindakan Rakyat (PAP) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang yang bakal lenyap di negeri Pulau Mutiara itu.


Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd. Noor mendakwa, munkin ada agenda politik dalam usaha melenyapkan kampung-kampung Melayu ini yang cuba disorokkan oleh pihak tertentu.

"Ada agenda untuk mengusir golongan miskin tidak kira sama ada orang Melayu, Cina atau India di negeri ini. Ia seperti negeri ini hanya untuk mereka yang berkepentingan atau ada urusan yang menguntungkan semata-mata.

"Jika anda tidak mampu menyumbang apa-apa kepada negeri ini, maka anda tidak berhak untuk berada di negeri ini, begitulah seolah-olahnya," katanya yang dipetik Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, pendekatan ini sebenarnya sama seperti yang berlaku di Singapura suatu ketika dahulu.

"Ia penggulangan formula lama di negara berkenaan. Suatu hari nanti, dengan automatik orang Melayu ini dipinggirkan dan orang bukan Melayu juga terpaksa lari jauh dari negeri ini.

"Sebab itu kita lihat ada peniaga-peniaga Cina yang sekarang terpaksa berniaga di Kedah malah sejauh sehingga ke Langkawi," katanya.

Zulkifli yang juga bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata kerajaan negeri dilihat sudah tidak berminat langsung untuk mempertahankan kampung Melayu.

"Bukan tidak berminat tetapi mereka sebenarnya langsung tidak mempunyai selera untuk mempertahankan kampung-kampung ini yang sudah berusia lebih 100 tahun seperti Kampung Batu Uban yang dipercayai penduduk negeri ini sebagai kampung terawal di Pulau Pinang.

"Bagi contoh Kampung Batu Uban ini misalnya, kampung ini terletak di lokasi yang sangat strategik bagi tujuan pembangunan mewah. Sudah semestinya pihak pemaju cukup berminat dengan lokasi kampung ini kerana bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dimajukan.

"Malah, mereka beranggapan tidak akan berdepan halangan besar daripada kerajaan negeri hari ini yang lebih dilihat mesra kepada mereka selain seolah-olah tidak ada sekatan atau halangan untuk mereka berbuat demikian," katanya lagi.



Rakyat Pulau Pinang perlu sedar 

Beliau dalam pada itu meminta rakyat Pulau Pinang membuka mata, menilai semula pentadbiran kerajaan negeri di bawah DAP yang tidak lagi menjadikan soal membela hak rakyat sebagai keutamaan.

"Dalam situasi ini, soal membela hak rakyat bukan lagi keutamaan kerana soal pembangunan dan keutungan lebih diberi perhatian. Sepatutnya soal ekuiti, penempatan dan ganti rugi dijadikan syarat utama sebelum sebarang kelulusan projek diberikan kepada pemaju.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada nasib sebanyak 68 keluarga di Parlimen Bagan yang diwakili sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Adakah soal kebajikan penduduk di Kampung Hijau yang dihalau daripada perkampungan mereka diberikan keutamaan ketika mereka terpaksa berdepan dengan notis pengusiran daripada mahkamah? Sedangkan mereka sudah mendiami kampung itu sejak lebih 30 tahun lalu.

"Jika kerajaan negeri mahu berpihak kepada pemaju sekali pun janganlah sampai ke tahap mengusir rakyat sedangkan mereka juga merupakan pengundi di negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Organisasi Penaja PAP, Rahmad Ishak pula mempersoalkan sejauh mana wakil rakyat melibatkan tiga ahli exco Melayu mempertahankan kampung warisan di negeri itu.

"Sepatutnya ketiga-tiga ahli exco Melayu yang berada dalam kerajaan negeri hari ini memainkan peranan mereka tanpa berselindung. Mereka sepatutnya berani mempertahankan saki baki kampung Melayu yang masih ada di negeri ini daripada hilang ditelan kerakusan pembangunan moden.

"Mereka sepatutnya membawa usul melalui Dewan Undangan Negeri supaya satu undang-undang kawalan dan pencegahan melibatkan soal pembangunan kampung-kampung Melayu diwujudkan.

"Malah kita percaya usul berkenaan akan turut mendapat persetujuan daripada 10 wakil rakyat daripada Barisan Nasional. Jika undang-undang berkenaan diluluskan, maka hasilnya turut dirasai oleh penduduk asal kampung daripada kaum Cina dan India," katanya. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/orang-melayu-penang-perlu-sedar-lah-pap.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...