Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 25 August 2015

Pengajaran kepada Guan Eng... jangan biadap dengan Persekutuan


Pengajaran penting kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam polemik berkaitan tema Sambuatan Hari Kebangsaaan 2015 adalah jangan bongkak sangat.


Baru pegang satu kerajaan negeri, sudah tunjuk taring sampai tema sambutan hari kebangsaan pun hendak buat cara sendiri.

Ini bukan kali pertama Guan Eng bersikap biadap dengan kerajaan Persekutuan... ramai belum lupa bagaimana Pulau Pinang bertindak sendiri tubuh pasukan keselamatan (seperti Rela) dengan uniform dan pangkat tahun lepas.

Bukan itu sahaja, mereka siap menyertai perarakan hari merdeka seolah-olah satu agensi kerajaan negeri.

Apa yang jadi sehari dua ini adalah benda yang tak perlu sebenarnya tapi tidak tentu pasal rakyat Malaysia terheret dengan polemik tersebut kerana keangkuhan kerajaan DAP.

Selepas Kementerian Pendidikan, ATM dan PDRM umum tarik diri dari menyertai sambutan peringkat negeri jika tema tidak ditukar... barulah Guan Eng kelam kabut buat mesyuarat Exco tergempar.

Jangan Guan Eng fikir bahawa kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa... yang mana DAP boleh suka-suka langgar sana sini.

Kini selepas buat pusingan U pada Isnin, persoalannya apakah Guan Eng insaf...?

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata Guan Eng perlu memohon maaf kerana mencetuskan perbalahan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung dengan tema Hari Kebangsaan 2015.

Beliau berkata Guan Eng telah memperdayakan orang ramai untuk mempercayai bahawa tema sambutan ialah "Bersih, Cekap, Amanah" sedangkan apa sebenarnya yang diumumkannya sebelum ini ialah "Bersih".

"Beliau cuba menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan Persekutuan yang bermain politik sedangkan sebenarnya beliau yang berbuat demikian.



"Sebuah akhbar vernakular menyebut tarikh yang diumumkan oleh ketua menteri mengenai 'Bersih' sebagai tema. Jadi, ia tidak keterlaluan untuk meminta supaya beliau memohon maaf. Beliau harus menjadi seorang pemimpin seperti negarawan dan bukan pemimpin penjaja jalanan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Teng mengalu-alukan langkah kerajaan negeri yang hari ini memutuskan untuk menggunakan tema Hari Kebangsaan yang sama seperti kerajaan Persekutuan iaitu 'Sehati Sejiwa".

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata semua masalah ini tidak akan timbul jika kerajaan negeri menggunakan tema yang dipersetujui di peringkat persekutuan iaitu "Sehati Sejiwa".

Beliau berkata keputusan awal kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menggunakan tema "Bersih" bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri adalah berniat jahat dan berbaur politik murahan.

"Sejak 2010, setiap tahun kerajaan negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap tidak mahu sehaluan dan bersama kerajaan persekutuan dalam menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara dengan memilih untuk menggunakan tema yang berbeza dengan tema sambutan yang dipersetujui di peringkat persekutuan.

"Perubahan kepada tema "Bersih, Cekap dan Amanah" dibuat hanya setelah tema awal kerajaan negeri dikritik hebat oleh beberapa pihak," katanya dalam kenyataan.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menumpukan perhatian dalam memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan rakyat dan bukannya sentiasa berpolitik mengapi-apikan perbalahan dengan kerajaan persekutuan yang akan merugikan rakyat Pulau Pinang. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/pengajaran-kepada-guan-eng-jangan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...