Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 28 October 2015

Cara rebat prabayar disalurkan kepada pengguna

Rebat prabayar telefon bimbit
Kementerian Komunikasi­ dan Multimedia sedang mem­­­bangunkan sistem baharu untuk membolehkan rebat per­khidmatan telekomunikasi pra­­­­­­ba­yar disalurkan secara automatik kepada 28 juta warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan itu mulai 1 Januari ini. Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, sistem baharu tersebut tidak akan menyukarkan proses pembelian kad prabayar dan pengguna dijangka mendapat kembali rebat bersamaan dengan jumlah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam nilai panggilan secara automatik.
Beliau berkata, sistem yang dibangunkan juga dapat membezakan pengguna rakyat Malaysia dan warganegara asing berdasarkan nombor telefon dan maklumat yang sudah didaftarkan dengan syarikat telekomunikasi (telco) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jelasnya, pembangunan sistem baharu itu juga dapat mengelakkan warganegara asing daripada menikmati rebat sekiranya me­minta rakyat tempatan membeli kad prabayar bagi pihak mereka.
“Jika pengguna membeli kad prabayar RM10, mereka akan memperoleh nilai panggilan sebanyak RM9.40 kerana 60 sen dipotong sebagai GST. “Pengguna perkhidmatan prabayar yang dikenal pasti sebagai warganegara Malaysia oleh sistem bagaimanapun akan memperoleh kembali 60 sen itu dalam bentuk rebat yang ditanggung bersama oleh kerajaan dan telco. Warga asing tidak layak menikmati rebat ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas me­rasmikan seminar Peranan Media Baharu dalam Melawan Keganasan Persepsi di SKMM, di sini hari ini.
Ketika membentangkan Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meng­umumkan pengguna perkhidmatan telekomunikasi prabayar warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan de­ngan amaun GST yang dibayar dan jumlah itu akan dikredit terus ke dalam akaun prabayar mereka dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2016. Salleh berkata, pemberian rebat tersebut akan ditanggung oleh kerajaan dan telco melalui meka­nisme bersama bagi memberi manfaat kepada pengguna per­khidmatan telekomunikasi prabayar.
“Pemberian rebat ini tidak akan melibatkan peruntukan daripada Perbendaharaan tetapi kita akan menggunakan dana yang ada. SKMM mempunyai dana sendiri seperti melalui yuran-yuran lesen yang dikutip,” katanya. Salleh berkata, pihaknya pada masa ini masih meneliti beberapa isu teknikal termasuk nisbah rebat yang akan ditanggung kerajaan dan telco. ‘”Kementerian juga sedang mengkaji masa yang diperlukan untuk menyalurkan rebat kepada pengguna rakyat Malaysia kerana kami mahu rebat diberi secepat mungkin,” katanya.
Menurut Salleh, terdapat 33 juta pemegang akaun telekomunikasi prabayar di Malaysia dengan 28 juta daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia. -Utusan
http://www.lulu-pages.com/2015/10/cara-rebat-prabayar-disalurkan-kepada-pengguna.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...