Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 12 October 2015

Salam Maal Hijrah

Arkib : 13 Oktober 2015

Selamat Menyambut Awal Muharam

Esok merupakan hari yang terpenting buat seluruh umat Islam di dunia ini. 1 Muharram bakal tiba. Awal Muharram menjadi detik penting dalam sejarah Islam kerana ini adalah tarikh permulaan tahun baru dalam kelendar Islam (Kalendar Hijrah).
Tarikh 1 Muharram disambut oleh seluruh umat Islam di dunia ini dan di Malaysia pada tarikh ini menjadi cuti umum kepada rakyat Malaysia. 1 Muharram menjadi sejarah penting bagi memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W. Tarikh penting ini adalah bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.
Bersempena penghijrahan itulah yang menyebabkan tarikh permulaan dalam kiraan bagi Kalendar Islam/Kalendar Hijrah. Muharram menjadi bulan pertama di dalam Tahun Islam (Hijrah).
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Antara peristiwa penting yang belaku pada bulan Muharram adalah:
  1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Seperti kebiasaannya, terdapat berberapa amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam apabila tibanya Awal Muharram antaranya adalah membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
doa akhir tahun dan awal tahun hijrah 2015.jpg
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1436H(2015)
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 13 Oktober 2015 (Selasa).
doa akhir tahun hijrah.jpg
Bacaan Doa akhir tahun dalam rumi
Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa’amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii’anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu ‘alayya ba’da qudrotika ‘uquubati wa da’autanii ilattaubati minhu ba’da jiroo-atii ‘alaa ma’shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa’amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho’ rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1437H(2015)
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.
doa awal tahun hijrah.jpg
Bacaan doa awal tahun hijrah dalam rumi
Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ‘adliimi wujuudikal mu’awwali wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal ‘ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal ‘auni ‘alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
Salam Muharam
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

[Surah Al-Baqarah 2:218]
*SALAM MAAL HIJRAH*
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهو.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH
Didoakan semoga semua kita dan keluarga :
@ Dipanjangkan umur
@ Diluaskan rezeki
@ Ditetapkan keimanan
@ Dikurniakan akal yang baik
@ Kesihatan yang baik
@ Berjaya di dunia & akhirat
@ Sentiasa dirahmat olehNya
@ Diampunkan dosa-dosa kita.🌿
Semoga silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya.
امين ... امين ... امين يا رب العالمين
سيروا علی بركة الله

Selamat Menyambut Maal Hijrah
#info #doa #ucapan #intro

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...