Seorang wanita Kristian yang anti-Islam sebelum ini, akhirnya ‘jatuh cinta’ selepas mendapat gambaran sebenar mengenai agama suci tersebut, baru-baru ini. Menurut portal Mail Online, kisah bermula apabila wanita berkenaan sepatutnya menyertai perhimpunan anti-Islam, Global Rally For Humanity di sebuah masjid di Phoenix, Arizona, namun kesungguhan dirinya untuk menyertai perhimpunan tersebut bertukar lucu selepas hanya dia seorang yang menyertai demonstrasi tersebut.
Malah, berpuluh-puluh orang lain hanya memandang dari jauh, selepas melihat hanya dia seorang beria-ia membawa sepanduk membantah Islam. Perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan Oath Keepers itu sepatutnya dihadiri oleh kira-kira 120 penganut Kristian lain. Bagaimanapun, ketika wanita tersebut berseorangan memegang sepanduk membantah Islam, dia disambut oleh jemaah masjid dengan pelukan dan dijemput ke pekarangan masjid tersebut sebelum diberikan penerangan sebenar berkaitan kehidupan umat Islam.
“Selepas berbincang dan diberikan penerangan yang sebenar mengenai Islam, wanita tersebut akhir mengakui ‘jatuh cinta’ dengan agama Islam,” ujar seorang jemaah masjid berkenaan. Mereka kemudian sempat merakam gambar bersama dengan jemaah Islam di masjid tersebut. Wanita itu kemudian mendedahkan, dia sebelum ini mendapat maklumat salah tentang Islam, menyebabkan dia terlalu membenci agama tersebut. -AP
http://www.lulu-pages.com/2015/10/wanita-terima-hidayah-selepas-anti-islam-sebelumnya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment