Adakah anda tergolong dalam golongan belia yang ingin membeli rumah pertama tetapi tidak mampu untuk menyediakan wang deposit rumah sebanyak 10%? Jika ya, ada mungkin layak untuk mendapatkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.
Skim ini mampu meringankan beban golongan belia untuk menyediakan wang deposit 10% dari harga rumah. Jika dihitung jumlah deposit mungkin mencecah belasan ribu ringgit dan mungkin puluhan ribu ringgit untuk membeli sesebuah rumah dengan harga pasaran sekarang. Deposit itu mungkin membebankan bagi belia yang baru sahaja mendapat kerja dan mendirikan rumah tangga.
Dengan kewujudan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ini, diharap dapat membantu rakyat untuk memiliki rumah pertama sendiri pada umur yang muda.
Menerusi Bajet 2016 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM200 Juta khusus untuk pembeli yang masih belum pernah memiliki rumah. Skim ini dijangka dapat meringankan beban khususnya golongan yang baru sahaja bekerja dan golongan yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama.
Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Bhd (BDB) Datuk Izham Yusoff berkata, permintaan untuk pemilikan rumah ketika ini adalah tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan.
“Namun, pembayaran deposit kerap kali menjadi isu berbangkit dan penghalang untuk mereka memiliki rumah.
“Menerusi peruntukan yang diumumkan, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang ingin memiliki rumah sekaligus meringankan beban rakyat,” katanya.
Untuk info, program skim deposit rumah pertama akan dilancarkan pada awal tahun 2016 dibawah kelolaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.
Objektif Utama Skim Pembiayaan Rumah Tanpa Deposit
Objektif utama skim ini adalah untuk membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan menerusi bank tempatan pada kadar 100% jumlah pembiayaan. Ini bermakna, pemohon tidak perlu mengeluarkan deposit 10% daripada harga rumah.
Borang Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama 2016
Sila layari laman web: http://www.kpkt.gov.my/
Syarat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
- Belum pernah membeli atau memiliki rumah pertama
- Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM5,000 bagi yang sudah berkahwin
- Pendapatan bulanan individu yang tidak lebih daripada RM2,500
Tarikh Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama
Orang ramai boleh membuat permohonan mulai Januari 2016
Tarikh Tutup Skim Deposit Rumah Pertama
Sehingga mencapai kuota peruntukan RM200 Juta
http://www.blogammar.com/permohonan-ski-rumah-pertama/
No comments:
Post a Comment