Jika anda adalah salah seorang peminat karya Seniman Agung P.Ramlee anda sudah pasti tahu kisah filem 3 Abdul lakonan P.Ramlee.
Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.
P.Ramlee banyak menghasilkan karya-karya yang masih releven untuk tontonan masa kini walaupun karyanya itu sudah puluhan tahun. Ternyata pemikiran P.Ramlee mendahului zaman kerana banyak filem yang diterbitnya dahulu masih boleh diguna pakai dengan situasi masyarakat pada masa kini.
Mungkin ramai mengetahui kisah “Tiga Abdul”. Kisah Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa kisah Tiga Abdul (diterbitkan pada 1964) adalah kritikan sosial dan politik terhadap Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tengku Abdul Rahman (Hence Abdul Wahab) dan Timbalannya Tun Abdul Razak (Hence Abdul Wahib).
Ramai tidak tahu Kisah ini disebut di poster sebagai Kisah paling nakal.
Perhatikan wajah Abdul Wahab dan Tengku Abdul Rahman seakan-akan seiras.
Apakah kritikan sosial P Ramlee kepada UMNO dan Perdana Menteri pada ketika itu?
1. Bagaimana Perdana Menteri dan Timbalannya menyerahkan Tanah Genting (1964) kepada Berjaya Hills.
2. Perjanjian sehingga terkeluarnya Singapura dari Malaysia.
3. Perjanjian air Singapore Johor selagi ada bulan dan bintang. Maka Johor akan jual air murah dan Malaysia kena beli air di proses mahal.
4. Walaupun negara sudah merdeka, tanah-tanah, estet, timah, getah masih milik British. Pada masa itu Sime Darby, Golden Hopes, Guthrie dan lain-lain adalah “plantation” yang masih milik British. Bagaimana negara merdeka tetapi hasil dan tanah bukan milik orang tempatan?
5. Banyak lagi peristiwa yang berlaku
Hakikatnya semua ini berlaku kerana kedua-dua pemimpin ini ditipu dengan perjanjian yang mereka sendiri tidak fahami. Akhirnya, aset negara terlepas ke tangan orang lain. Mereka tertipu dengan wanita dan arak.
Inilah antara petikan kata oleh P. Ramlee dalam filem 3 Abdul:
Kita bahagi harta ini secara demokrasi. Kanda serahkan semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.
Demokrasi apa?
Demokirasi terpimpin
Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!
Tuan penasihat. Sebelum mereka kawin kita mesti buat satu syarat (bisik)
Sadiq segaraga: Bagus. memang saudara seorang yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat 20%
Ghasidah: Hey di sana, di sini datang dekat sini, bukan di sini tergila-gilakan dengan di sana. Di sini datang dekat sini, pasal di sini nak kasi tau, yang abang-abang di sana tu nak kena jual
Abdul Wahub: Ini berita gembira. Hey di sana. Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu penyangak dah kena dah penyamun jual si penyangak. Apa salahnya (gelak)
Akhirnya mereka dijual sebagaimana negara juga di jual. Semua kerana komisen 20%, 25%.
P/s: Sekarang anda mungkin akan lihat filem ini berbeza dari sebelum ini. Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.
p/s (Mencari Keredhaan Allah) : Filem ini pada saya bukan untuk komen daripada sudut politik semata-mata, akan tetapi lebih kepada teguran yang menyeluruh terutamanya masyarakat orang Melayu sendiri apabila mudah untuk berpecah belah apabila timbul isu-isu tamak dan haloba dalam keluarga. Begitulah buruknya orang Melayu apabila nafsu telah menguasai diri, akan membelakangkan norma-norma yang baik dalam kehidupan seharian. Jauhilah sifat-sifat yang tidak baik dan berusahalah untuk bersatu di atas dasar agama Islam yang syumul. In Shaa Allah, Aamiin.
No comments:
Post a Comment