SHAH ALAM 21 Dis. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membantu memajukan Anggerik Mall di sini yang dihuni peniaga bumiputera supaya mampu menjadi kompleks beli-belah yang menjadi tumpuan utama pengunjung ke bandar raya ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi merealisasikan impian itu, pihaknya akan mengkaji dan berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenai langkah yang boleh dilakukan termasuk membawa masuk perniagaan baharu.
Menurutnya, buat permulaan, Anggerik Mall bakal menjadi pusat jualan kelengkapan teknologi maklumat (IT).
‘‘Lawatan saya hari ini adalah untuk meninjau sendiri kompleks ini yang dikatakan kurang pelanggan seterusnya membantu menaikkannya. Saya bimbang kalau dibiarkan sebegini, ramai peniaga akan gulung tikar kerana tidak mampu untuk bayar sewa.
‘‘Sekarang saya lihat perniagaan di sini tiada kepelbagaian dan kita akan bincang mengenai perniagaan paling sesuai dan bagi saya yang terbaik adalah pusat IT kerana semua orang gunakan dan memerlukannya,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Anggerik Mall di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, pihaknya mahu menjadikan Anggerik Mall sebagai Mara Digital Mall yang dijangka beroperasi Februari depan.
Bagaimanapun, katanya, hanya 10 hingga 15 kios menjual peralatan IT dibenarkan di bahagian lobi atau luar berikutan ruang yang terhad.
‘‘Kita perlukan produk yang akan menarik golongan muda seperti pusat IT, kafe dan kedai-kedai francais terkenal.
‘‘Apa pun kita akan tengok apa yang bersesuaian dan yang paling penting, kita perlu lihat keutamaan keuntungan kepada pengunjung dan peniaga,’’ ujarnya
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/12/anggerik-mall-dimajukansyabas-menteri.html
No comments:
Post a Comment