Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 21 December 2015

Dimana Salah Dan Dosa Jika UMNO-PAS Bekerjasama?



Penulis tidak faham apa yang didengkikan sangat bila UMNO dan PAS mula menunjukkan bibit-bibit kerjasama. Apa yang didengkikan sangat bila Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedondon, berjalan seiring sehala?

Ada yang berkata kononnnya UMNO dan PAS amat sukar bersatu. Ada yang beri komen mengatakan UMNO dan PAS tidak mungkin berpadu. Ada yang mengulas kononnya UMNO dan PAS tidak mungkin bekerjasama. Macam-macam komen, seolah-olah mereka itu Tuhan lagaknya…

PAS itu hakikatnya sebahagian dari UMNO sejak asalnya. Itu fakta. PAS dan UMNO terpisah sejurus sebelum PRU pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Itu fakta. PAS pernah bersatu bersama UMNO dalam Parti Perikatan, itu fakta. Dan PAS juga pernah dikeluarkan dari Parti Perikatan di zaman 70’an dulu. Itu juga fakta.

Bagi mereka yang mengenali politik, seni politik itu memungkinkan segalanya. PAS dulu bermati-matian menentang DAP yang dilabel sebagai kafir harbi. Tapi mereka akhirnya terkulai juga ditunggang DAP sejak 2008 hingga Pakatan Haram dikuburkan. Lupa tentang kisah itu?

Jadi, apa yang hendak digusarkan sangat jika PAS berbaik-baik dan mesra UMNO di zaman Najib – Hadi? Gusar sangat jika orang Melayu yang beragama Islam menguasai pentas politik Malaysia? Jika tidak gusar, mengapa pula beri tanggapan negatif terhadap apa yang berlaku di antara PAS dan UMNO sekarang?

Pada pengamatan penulis, parti yang diketuai Mat Sabu, DAP dan PKR mungkin suka jika PAS berbaik-baik dengan UMNO kerana mereka akan berpeluang memburuk-burukkan kepimpinan PAS. Mungkin bagi mereka, berbaik-baik dengan UMNO dan BN itu adalah satu perkara yang buruk…

Tapi mereka mungkin tidak sedar bahawa Islam itu menganjurkan perpaduan dan kerjasama di antara umatnya. Malah Islam juga menggariskan supaya berkasih sayang sesama saudara seagama dan bertindak tegas serta adil kepada mereka yang bukan Islam yang tidak menzalimi hak muslim…

Apa yang mengecewakan penulis, bibit-bibit mesra di antara PAS dan UMNO itu turut mendapat reaksi negatif dari pemimpin ‘lama’ UMNO, termasuk ‘bekas’ pemimpin UMNO dan NGO pro-Melayu. Majoriti mereka menyatakan ia ‘sukar’ dan agak ‘mustahil’ untuk berlaku.

Apakah mereka lupa pada prinsip politik yang berkonsep ‘art of possibilities’? Apakah mereka lupa pada konsep Islam yang menekannkan konsep ‘kun fa yakuun’? Jika Allah berkuasa melembutkan hati Umar Al-Khattab, apatah lagi hati Najib dan Abdul Hadi serta semua hati kepimpinan UMNO dan PAS?

Pada pandangan penulis, menolak penyatuan umat Islam di Malaysia merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah SAW. Umat Islam di Malaysia sebelum ini berpecah belah kerana politik, apakah salah disatukan di atas kalimah Islam, satu titik persamaan yang terbesar bagi kita?

Penulis yakin bahawa mungkin MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam BN sedang ‘melatah’ tidak tentu arah. Itu mungkin kerana mereka ‘belum tahu’. Namun jika kena pada gaya penerangannya, penulis positif semua parti komponen BN akan membentang karpet merah kepada PAS untuk menyertai BN…

Buat masa ini, penulis enggan mengatakan PAS akan menyertai BN. Cukuplah dulu dengan bibit-bibit kerjasama yang sedang berlaku. Di atas nama Islam, penulis yakin sekiranya wujud keikhlasan dan izin Allah, apa yang dicitakan majoriti umat Islam di negara ini akan berlaku juga akhirnya…

Justeru itu, sama-samalah kita saksikan perkembangan lanjut kerjasama di antara PAS dan UMNO tersebut. Kita nilai sendiri keikhlasan dan niat sebenar di sebalik pendekatan terbaru dua pucuk pimpinan parti itu. Semoga segalanya diredhai Allah SWT dan kita perlu cari hikmah di sebalik apa yang berlaku sebelum, sedang dan akan berlaku selepas ini…

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/12/dimana-salah-dan-dosa-jika-umno-pas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...