Kisah Seorang Tidak Tahu Baca
Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya
Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah
seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran
yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca
ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah.
Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke
syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat
menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita
menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha
Mengetahui.
KISAH SEORANG YANG TIDAK
TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT
1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan
Zainal Abidin Kuala Terengganu.
2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam
yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang
benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.
3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir
kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia
seorang wali Allah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di
sisi Allah.
4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang
bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu
dengan ditemani beberapa orang kampung.
5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah
yang sangat ajaib itu.
6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung
kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban
yang dilihat diperkuburan suaminya.
7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat
mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa
saja.
8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang
soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya
tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca
Quran.
9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang
simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu
dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya
akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya
al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan
kasih sayang.
11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai
seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan
meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh
dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan
esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca
kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya
Allah.”
“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca
kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat
memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“
“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau
menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya
itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu
kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan
ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai
airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu
dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan
sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita,
didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap
hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
Kongsikan kisah ini supaya kebaikan daripadanya dapat
dimanfaat kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment