Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 20 December 2015

Keterbukaan Najib beri kesan positif terhadap politik negara



Keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan salam perpaduan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi impak positif terhadap iklim politik negara dan perpaduan umat Islam.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, Perdana Menteri mempamerkan watak seorang negarawan hebat yang mementingkan Islam dan masa depan negara dalam menghadapi abad ke-21 menerusi tindakannya itu.

Beliau berkata, Najib berusaha bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mengukuhkan ikatan silaturahim antara umat Islam di negara ini bagi mengelakkan musibah yang menimpa di keba­nyakan negara Asia Barat.

“Walaupun berlainan aliran politik, akidah dan tanggungjawab membina serta memelihara syiar Islam tetap menjadi tanggungjawab bersama UMNO dan Pas.

“Salam perpaduan yang dihulurkan Najib sangat terkesan ke arah perpaduan ummah dan kaum Melayu. Usaha murni yang dirintis itu perlu mendapat sokongan padu kedua-dua belah pihak supaya kekuatan orang Melayu dan Islam kekal utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penyerahan rumah kekal mangsa banjir melibatkan lapan penerima di Rumah Banjir Kampung Sembai, Chenor di sini hari ini.

Menurut Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam Islam, perpaduan dan pe­ngukuhan terhadap ikatan persaudaraan sangat dituntut kerana ia menjadi pemangkin ke arah kemajuan serta daya saing.

Beliau percaya akan wujud iklim politik yang lebih baik selepas ini berikutan perkembangan semasa itu.

“Kita wajar memahami implikasi perpecahan dan perselisihan kerana bertentangan fahaman politik secara berterusan tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/12/keterbukaan-najib-beri-kesan-positif.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...