Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 20 December 2015

Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air lancar penerbangan sulungnya Hari ini



SEPANG, Ahad – Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air lancar penerbangan sulungnya dari klia2 ke Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi petugas. Mereka adalah petugas terlatih dan sebahagiannya telah mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan.

“Saya berharap segalanya berjalan lancar,” katanya kepada Bernama semasa ditemui sebelum penerbangan itu berlepas menggunakan pesawat Boeing 737-400.

Seorang penumpang, Ahmad Aiman Mohd Razali, 29, berkata beliau begitu teruja untuk mencuba penerbangan patuh syariah itu buat kali pertama.

Katanya harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu amat berpatutan memandangkan ia memberikan perkhidmatan penuh yang membezakan­nya dengan syarikat penerbangan lain.

“Dengan satu tiket, boleh dapat daftar masuk bagasi sebanyak 20 kilogram serta hidangan dalam pesawat. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Jumaat lepas.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal. – Brenda

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/12/syarikat-penerbangan-patuh-syariah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...