Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 21 January 2016

MULANYA ‘BISING’ MENGENAI TPPA, AKHIRNYA BERSETUJU SETELAH MENDENGAR PENERANGAN MENTERI



Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang sebelum ini ‘terkenal’ dengan suara lantangnya mengkritik mengenai isu TPPA.

Namun setelah beliau berkesempatan menemui dan berbicara bersama Menteri MITI, Datuk Sri Mustapa Mohamed baru-baru ini, segala persoalan dan kritikannya terhadap TPPA telah diperjelaskan yang akhirnya dapat beliau terima.

SAYA, TOK PA DAN TPPA

Semalam saya bertemu Datuk Mustapa Mohamed di rumahnya. Beliau mengajak saya berbincang tentang TPPA dan politik Kelantan.

Tentang TPPA, kata Tok Pa, kita adalah negara berdagang. Suka tidak suka kita mesti menyahut cabaran globalisasi dan menerima liberalisasi perdagangan.
Seterusnya Tok Pa bertanya pendapat saya tentang TPPA? Saya tidak menjawabnya langsung, tetapi menimbulkan beberapa keraguan saya tentang TPPA.

Antaranya ialah tentang harga barangan, peluang pekerjaan, Investor State Dispute Settlement (ISDS), hak bumiputera, hak negeri dan lainnya. Beliau memberi jawapan yang mantap kepada setiap yang saya timbulkan.

Tetapi kata saya, jawapan itu diberi kepada saya. Bagaimana dengan rakyat? Apakah mereka faham apa yang dietrangkan kepada saya?

Kata Tok Pa, beliau akan turun padang untuk menjelaskan keraguan rakyat ini supaya semuanya boleh faham tentang TPPA ini.

Selesai perbincangan, Tok Pa menandatangani buku kecil TPPA dan memberikannya kepada saya. Saya dengan senang hati menerimanya dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Pa.
Tentang politik Kelantan, bila masa sesuai saya sambungkan kisah ini.

Tentang pertemuan semalam, satu yang dapat saya rumuskan: Tok Pa seorang pemimpin yang rajin, komited pada tugas, dan paling penting beliau tahu subject matter yang beliau perjuangkan.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/01/mulanya-bising-mengenai-tppa-akhirnya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...