Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 17 February 2016

Faiz Subri dedah rahsia hasilkan sepakan unik

Mohd Faiz Subri
Saingan Liga Super baharu sahaja bermula, namun kemeriahan sudah dirasai dengan aksi luar biasa pemain tempatan. Penyerang Pulau Pinang, nama Mohd Faiz Subri secara tiba-tiba menjadi sebutan dalam dan luar negara gara-gara sepakan percuma yang unik dibuat sehingga menghasilkan gol ketika aksi bertemu Pahang di Stadium Bandaraya pada Selasa malam. “Ini merupakan sepakan percuma sempurna yang pernah saya lakukan sepanjang lapan tahun bergelar pemain.
“Sebelum ini ia tidak menjadi seperti itu. Saya selalu berlatih dan tidak sangka ia berlaku semalam (Selasa). “Saya hanya memberi fokus dan menetapkan sasaran arah bola sebelum membuat sepakan itu,” jelasnya. Pemain kelahiran Kedah berusia 29 tahun ini mengakui aksinya itu turut memberi dorongan kepadanya untuk melakukan yang lebih baik lagi. “Saya bersyukur dan akan cuba melakukan yang lebih baik lagi selepas ini. Ia juga dianggap sebagai semangat untuk pasukan,” katanya yang turut terkejut dengan lencongan bola itu.
Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang. Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia termasuk mirror.co.uk dan laman sosial. Malah gol itu juga menjadikan Mohd Faiz sebagai calon bagi anugerah Puskas tahunan. -Mstar
http://www.lulu-pages.com/2016/02/faiz-subri-dedah-rahsia-hasilkan-sepakan-unik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...