Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 17 February 2016

KINI PULA DOKTOR INDONESIA TERKEJUT RAKYAT MALAYSIA KUFUR NIKMAT WALAU TERLALU BANYAK HARUS DISYUKURI



Susulan dari penulisan seorang pengkritik isu semasa yang juga digelar sebagai “Doktor Facebook” oleh Tv14 mengenai warganegara Singapura yang memuji kemurahan kos perubatan kita, kini seorang doktor dari Indonesia pula telah menghubungi beliau iaitu Dr Abdul Rahman Kadir.

Menurut Dr Abdul Rahman, rakan doktornya dari Indonesia itu turut juga menyatakan kehairannya atas sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat.

Katanya, untuk mendapatkan rawatan dari mana-mana rumah sakit (hospital) di Indonesia, baik rumah sakit kerajaan ataupun swasta mestilah mempunyai jaminan kesihatan atau insurans terlebih dahulu.

“Ubat untuk serangan jantung yang Indonesia gunakan bernama Streptokinase. Ubat ini juga terdapat di Malaysia dan anggaran harganya adalah sekitar RM 900. Jika rakyat Malaysia memerlukan ubat ini, ia akan diberikan di jabatan kecemasan bersama semua rawatan lengkap lain dengan hanya nilai RM 1,” katanya dalam laman Facebook.

Tambahnya lagi, ubat berkenaan di Indonesia adalah berharga antara 5-6 juta Rp (lebih kurang RM 1,700), namun mestilah mempunyai insurans atau dikenali di sana sebagai Jaminan Kesihatan terlebih dahulu untuk membelinya.




“Bagi rumah sakit kerajaan atau swasta sekalipun mesti mempunyai jaminan kesihatan, jika tidak bayaran perlu dilakukan sebelum rawatan diberi. Konsep: Pay first, then treat.

“Jaminan kesihatan di hospital swasta mereka sama konsepnya seperti kita dengan syarikat-syarikat insurans seperti Prudential dan InHealth mendominasi. Bagi rumah sakit kerajaan jaminan kesihatan/insuransnya adalah dikenali sebagai BPJS (Badan Penyelengara Jaminan Kesihatan),” ujarnya yang agak kesal dengan sikap netizen negara ini.

Menurut rakan sejawat Dr Abdul Rahman tersebut, kesemua perkhidmatan kesihatan ini tetap memerlukan bayaran premium tertentu untuk mendapat perlindungan dan situasi ini sudah semestinya tidak mampu dinikmati oleh golongan miskin.

Katanya, perkara inilah yang menjadi punca mengapa ramai rakyat miskin di Indonesia lebih rela mati dari menjejakkan kaki ke hospital.

Ada yang terpaksa menahan sakit hingga terlalu teruk dan barulah akan ke hospital jika terpaksa, kerana tidak mampu membayar bil perubatan yang bakal tiba.

Kos perubatan di Indonesia tidak sama seperti yang diamalkan oleh kerajaan negara kita, kerana sebagai contoh ubat Streptokinase tadi yang berharga Rp 5-6 juta akan dikurangkan menjadi Rp 950.000 sahaja (lebih kurang RM 300 dibayar pesakit).

Walaupun pihak berkuasa di Indonesia menanggung sedikit ‘bebanan’ kos tersebut, namun mereka tetap perlu membayar selebihnya dan jumlahnya tetap membebankan.

Berbeza sangat apa yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada rakyatnya, iaitu insurans atau jaminan kesihatan adalah tidak perlu di mana-mana hospital kerajaan.

Memadai dibuktikan pesakit adalah warganegara dan ubat itu serta kesemua kos rawatan lain boleh dinikmati dengan nilai hanya seringgit sahaja yang harus dikeluarkan dari poket pesakit ketika itu.

“Sahabat saya itu ternyata terkejut dan takjub dengan perkhidmatan kesihatan Malaysia yang begitu murah. RM 1 katanya, adalah menyamai Rp 3.500 dan ia tiada nilai hatta untuk membeli beras setengah liter sekalipun,” kata Dr Abdul Rahman kepada rakannya dari Indonesia.

Dengan hashtag “#jangan_kufur_nikmat” , beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah dikecapi selama ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/kini-pula-doktor-indonesia-terkejut.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...