Perpecahan dalaman DAP sebenarnya sedang retak menanti belah. Melihat Lim Guan Eng dalam keadaan paling lemah membuatkan mereka-mereka yang pernah ditindas dan menunggu masa telah pun mengeluarkan taringnya.
Di saat-saat Guan Eng bergelut dengan pelbagai isu yang menujah dirinya, beberapa kepimpinan negeri khususnya mula memberi tekanan supaya Guan Eng berundur. Dalam masa yang sama mereka yang berada di bawah kaki Guan Eng pula berada dalam sikap bertahan.
Contohnya di Pulau Pinang sendiri ADUN Tanjung Bungah (DAP), Teh Yee Cheu mahu supaya Lim Guan Eng bercuti sementara siasatan SPRM ke atasnya selesai. Selain mengusulkan supaya Ketua Menteri hanya diberi selama dua penggal sahaja.
Sekarang apa yang sedang berlaku DAP Pahang mula berpecah, ada yang sokong Lim dan ada yang tidak. Melaka sudah sampai jadi Adun Bebas. Di Perak mereka bertelagah sesama sendiri. Di Johor sampai ada yang tak mahu datang program.
Sarawak menunjukkan pergolakan yang teruk. Contohnya Setiausaha DAP Sarikei, Wong Ching King mengumumkan keluar parti disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP Sarawak yang dipimpin oleh Chong Chien Jen yang merupakan anak buah kesayangan Lim Guan Eng.
Kepimpinan DAP di bawah Lim dilihat telah memijak maruah ahli DAP sebagai anggota parti dan gaya autokratik kepimpinan tertentu DAP negeri telah memusnahkan perpaduan ahli-ahli cawangan dan telah menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap DAP.
Kini beberapa nama baru muncul dan ada juga yang sedang menunggu turn bersedia untuk memikul tugas Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP. Perasan atau tidak Gobind lebih senyap. Siapa merancang dan siapa yang dirancang?
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/bagus-lah-tudap-di-ambang-perpecahan-di.html
No comments:
Post a Comment